Bekas Vokalis Kumpulan Nasyid Saujana Kini Pondan..??

Khairul Idzwan Baharin yang merupakan bekas kumpulan nasyid Saujana yang pernah popular dengan lagu ‘Keluarga Bahagia’ telah menyertai ujibakat One In A Million (OIAM) baru-baru ini.

Setelah beberapa tahun Idzu tidak muncul dalam dunia hiburan kerana melanjutkan pelajaran sebagai doktor, agak mengejutkan apabila personalitinya yang dahulu sebagai seorang lelaki dikatakan telah berubah menjadi lembut. Adakah kerana kejutan budaya atau sebaliknya?

Kumpulan ini yang pernah popular suatu masa dahulu tetapi senyap kini mungkin kerana anggota kumpulan ini yang sibuk dengan pelajaran.

Namun begitu, nama kumpulan nasyid Saujana digegarkan semula dengan kemunculan salah seorang anggota nasyid kumpulan ini iaitu Khairul Idzwan Baharin yang dikenali kini Dr Khairul Idzwan Baharin,27 dengan penampilan yang amat berbeza sekali berbanding dengan imej nasyid dahulu di program realiti One In A Million (OIAM).

Mungkin beliau ingin meniru jejak langkah Faizal Tahir dahulu yang sebelumnya adalah penyanyi nasyid kumpulan Nirwana, tetapi jika Faizal Tahir muncul dengan imej rock manakala Khairul Idzwan Baharin muncul dengan imej lebih lembut pula?

Dr Khairul Idzwan Baharin seperti mendedahkan imej sebenar yang dahulunya di tutup dengan imej berkopiah. Saya macam tak percaya tapi kalau benar itulah Khairul Idzwan Baharin bekas vokalis Saujana, harap beliau berubah semula seperti dahulu.

Apalah sangat dengan dunia glamour, Khairul Idzwan Baharin pun dah bergelar Doktor.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *