Bekas Bintang Arsenal Hentam Wenger

BEKAS bintang Arsenal, Lee Dixon menambahkan kesulitan buat Arsene Wenger dengan mendakwa pengurus pasukan itu ‘bukanlah jurulatih yang sejati’.

Kelab The Gunners ditewaskan Brighton dengan 1-2 pada Ahad lalu, sekali gus menyaksikan kekalahan mereka empat kali berturut-turut keempat mereka dalam semua pertandingan.

Pasukan itu tewas dalam pusingan akhir Piala Carabao menyebabkan mereka berada 13 mata di belakang jiran Tottenham yang berada di tangga keempat dalam Liga Perdana Inggeris.

Kekalahan itu semakin banyak dihadapi Wenger, yang baru-baru ini menghadapi kritikan daripada beberapa legenda kelab termasuk Ian Wright.

Dixon yang pernah bermain untuk Arsenal selama 14 tahun berkata, Wenger mengambil beberapa pemain hebat seperti Kolo Toure, Sol (Campbell), Thierry Henry tetapi mempersoalkan Shkodran Mustafi.

“Saya tidak fikir pemain yang dibawa oleh Wenger cukup baik. “Tetapi saya fikir memberi peluang kepada mereka, jika mereka terlatih dan dilatih untuk memperbaiki diri,” katanya. – Mail Online UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *