“Tunjuk Kaabah Ke Atau Sengaja Nak Tayang Cincin?” -Datuk Vida Ditegur Riak

Boleh dikatakan sekarang ni dah jadi trend untuk bergambar depan Kaabah. Sepatutnya umat Islam ke sana untuk beribadat, namun masih ramai lagi individu yang masih berselfie di hadapan kaabah.

Terbaru, usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida menjadi perhatian netizen selepas beliau memuat naik foto selfie di hadapan Kaabah ketika menunaikan Umrah.

Tindakannya yang berselfie sambil mempamerkan cincin permata mewahnya dikecam teruk kerana seolah-olah bersifat rika dan mahu menunjuk kekayaan di tempat suci.

Walaupun hukum mengambil gambar selfie ketika menunaikan ibadah bukan satu perbuatan yang berdosa, namun pastikan ianya bukan kerana riak atau ingin menunjuk-nunjuk.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *