Rakyat Selangor Kena Krisis Air, Azmin Sibuk Campur Tangan Urusan Negeri Lain

KRISIS air melanda Selangor lagi. Nampaknya penderitaan rakyat Selangor tidak berkesudahan dibawah pemerintahan pakatan harapan diketuai DAP. Penduduk di beberapa kawasan sekitar Selangor resah lagi berikutan gangguan bekalan air mulai hari ini hingga Jumaat.

Senario penduduk di Selangor yang tidak mandi, rakyat terpaksa mengangkut air dari lori ke dalam rumah, dari tingkat bawah ke tingkat atas dan sebagainya akan mula menghantui rakyat Selangor lagi dan lagi.

Tahukah anda bahawa krisis air ini berpunca dari kegagalan kerajaan pakatan Selangor. Perkara ini seolah-olah sengaja dibiarkan berlarutan. Jika penstrukturan semula air dibuat dengan segera maka krisis air ini sudah tentu dapat diatasi.

Ketidak cekapan kerajaan pakatan Selangor dan sikap tidak mementingkan kebajikan rakyat dilihat sebagai punca utama masalah yang berlaku di negeri yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai negeri termaju di Malaysia.

Kini status tersebut hanya tinggal kenangan. Kegagalan kerajaan pakatan Selangor mengurus isu air dengan baik turut menyebabkan para pelabur membuat keputusan menarik diri dari terus berada di negeri tersebut. Akibatnya Selangor kehilangan banyak pelaburan.

Isu air adalah salah satu daripada masalah-masalah yang gagal diselesaikan oleh pentadbiran Azmin Ali. Rakyat terpaksa menderita bukan sebab tiada air semata-mata malah mereka terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli tong menyimpan air dan sebagainya.

Azmin Ali dilihat lebih berminat untuk campurtangan dalam urusan negeri-negeri lain. Beberapa bulan yang lalu Azmin Ali sibuk melakukan jelajah Keadilan Tebrau kononnya cuba melihat sendiri PPR Desa Mutiara di Puteri Wangsa yang dikatakan sangat teruk keadaannya.

Beliau sanggup menyibuk mengambil tahu keadaan PPR di negeri Johor sedangkan PPR di Selangor sendiri jauh lebih teruk lagi. Sekiranya beliau menumpukan secara bersungguh-sungguh menangani permasalahan rakyat negeri Selangor maka sudah tentu krisis air ini tidak melanda rakyat Selangor secara berkali-kali.

Hanya penduduk di Selangor yang merasai tekanan apabila tiada air, bukan seperti penduduk di negeri lain. Jadi memandangkan pilihan raya umum semakin dekat, maka eloklah kita gunakan kesempatan yang ada untuk tukar kerajaan negeri Selangor.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *