Penolong Pengarang Malay Mail Anggap Azan Memekak Saja?

LAUNGAN azan memberikan kekuatan kepada umat Islam. Setiap kali suara keramat tersebut berkumandang maka tenang rasa seluruh jiwa raga memuji kebesaran Allah s.w.t. Azan sememangnya memberi makna yang cukup besar dalam seluruh kehidupan umat Islam.

Namun berbeza pula dengan Penolong Pengarang Berita Malay Mail Online, Zurairi Abdul Rahman (AR). Beliau mempertikaikan umat Islam yang bangkit membantah gereja-gereja yang dibuka di kawasan yang didiami oleh umat Islam sedangkan masjid-masjid kekal bersikap tidak sensitif dengan memekak menggunakan pembesar suara di waktu-waktu yang janggal.

Suara azan dikatakan memekak? Adakah Zurairi ini beragama Islam? Beliau bercakap seolah-olah beliau bukan seorang muslim. Malah lebih bangsat daripada orang kafir?

Selama ini DAP yang anti Melayu dan anti Islam sering menghina agama Islam namun kini orang Melayu yang cenderung kepada pembangkang diketuai DAP pula dilihat semakin agresif memperlekehkan agama Allah s.w.t.

Zurairi menempelak umat Islam yang dilihatnya lantang bersuara demi memelihara kesucian agama termasuklah yang terbaru apabila membangkang tindakan Neelofa melancarkan tudung terbarunya di kelab malam Zouk, sebagai pemecah belah masyarakat yang harus dicabar.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zurairi AR itu menukilkan pandangan sedemikian dalam artikelnya yang berjudul, “Of sacred and profane places” yang telah disiarkan di portal The Malay Mail Online.

Zurairi AR berkata, “Fahaman ini walau bagaimanapun menjadi lebih merbahaya apabila sebilangan umat Islam semakin mencuba untuk lebih dan lebih memaksa status suci ini ke ruangan awam yang dikongsi oleh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kepercayaan dan budaya.”

Beliau berkata, “Kerana itulah kita dapat protes-protes terhadap gereja-gereja di kawasan yang didiami umat Islam sedangkan sebelumnya kita mendapati rumah-rumah ibadat berada di baris yang sama, tetapi masjid-masjid akan berkeras untuk memekak dengan pembesar suara pada waktu-waktu janggal sedangkan golongan Muslim sendiri menentang kemahuan yang tidak sensitif tersebut.”

“Kerana itulah kita dapat seruan supaya perayaan dan upacara penyembahan golongan bukan Islam dilakukan dalam tempat tertutup sedangkan umat Islam adalah bebas untuk merencanakan karnival-karnival di lapangan awam dan sewaktu keraian sekular.”

“Kerana itulah kita dipisahkan di pasaraya-pasaraya, troli-troli membeli belah, di kantin-kantin sekolah, bagi menjauhkan godaan-godaan kepada umat Islam sewaktu Ramadan,” getusnya lagi.

Zurairi AR sebelum ini juga pernah menempelak masyarakat Melayu kerana menolak perhubungan seks songsang sesama jantina sebagai bersifat ‘homophobia’ dan menolak fitrah semulajadi hidupan.

Beliau mendesak agar anak-anak dididik untuk meraikan LGBT, dan menganggap pelakuan seks sumbang itu sebagai normal.

Zurairi berkata, “Dunia sudah berubah. Generasi akan datang tidak lagi terikat dengan idea-idea lapuk yang masih dipegang oleh orang-orang tua yang mahu memaksa kepercayaan-kepercayaan mereka ke atas orang lain. Dan kita sebagai ibu bapa hendaklah mengambil cabaran ini untuk turut maju.”

Dalam isu Neelofa, para agamawan dan rakyat Malaysia melenting dan membuat banyak kenyataan. Mengapa mereka tidak melakukan perkara yang sama apabila Zurairi mengatakan laungan azan hanya memekak sahaja.

Tindakan pembangkang diketuai DAP menghina Islam secara bersiri tidak boleh dipandang ringan. Mereka mempunyai agenda tersembunyi yang membahayakan kedudukan orang Melayu dan agama Islam dalam negara kita.

Boleh dikatakan orang Melayu dan agama Islam terselamat selama ini di bumi Malaysia kerana adanya Perlembagaan Negara yang melindungi mereka. Perkara tersebutlah yang sedang cuba dilakukan oleh musuh-musuh negara sekarang.

–  pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *