Nak Sangat Viral, Pengacara Pun Tak Larat Layan Instafamous Ini

Baru-baru ini viral sebuah klip video program Motif Viral yang menjemput seorang gadis Instafamous.


Instafamous itu didakwa syok sendiri apabila situasi yang agak menjengkelkan berulang kali berlaku sepanjang sesi temubual itu berlangsung.

Ramai netizen mengatakan gadis tersebut yang bernama Mira, 19 tahun, itu terlampau menjengkelkan sehingga hos program itu Haze, Syafa dan Shalma pun naik menyampah dengan gadis tersebut. Nah saksikan klip video tersebut.

 



Difahamkan Mira dan rakannya yang juga merupakan seorang Instafamaous, Ahmad Aqil, 22 telah dijemput kerana dikatakan mampu meraih pendapatan hampir RM 10,000 sebulan.


Selain itu juga menurut Motif viral, Mira juga sering dikecam kerana video reviewnya yang pelik dan menjengkelkan.

Boleh dikatakan sesi temubual program itu menjadi agak janggal apabila gadis itu menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan cara yang agak kurang sopan dan tidak senonoh.


Dari riak wajah hos Motif Viral, kita boleh nampak mereka seperti meluat dengan kelakuan gadis itu.

 

Namun terbaru, hasi semakan, rakan gdis itu Aqil tampil mempertahankan rakannya itu, katanya Mira berkelakuan seperti itu kerana gemuruh.


Tambahnya lagi, komunikasi yang agak lemah juga menjadi antara penyebab gadis Instafamous itu bertindak sedemikian.

Rata-rata netizen masih tidak menerima alasan yang diberikan oleh Aqil, nah bacalah…


Apa-apa pun diharap Mira selepas ini melakukan persiapan yang rapi sekiranya dijemput lagi ke mana-mana program, supaya perkara yang sama tidak berulang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *