Lelaki Berbogel Sambil Tonton Video Lucah Sebelum Peluk Pramugari

Lelaki berkelakuan aneh, tidak diketahui sama ada gila seks atau mental apabila berkelakuan lucah dalam pesawat, bertindak berbogel dan menyerang kru penerbangan.

Akibat daripada itu, lelaki terbabit ditahan selepas insiden berkenaan berlaku dalam pesawat Malindo Air yang dalam perjalanan ke Dhaka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam semalam.

Difahamkan, suspek berusia 20 tahun yang juga merupakan pelajar dari sebuah universiti di Cyberjaya itu didakwa melakukan masturbasi di tempat duduk sambil menonton pornografi menerusi komputer ribanya.

Menurut beberapa saksi, lelaki itu juga berjalan ke tandas dalam keadaan tidak berpakaian selain turut membuang air kecil di tempat duduknya.

Melihat kejadian pelik tersebut, seorang pramugari bertindak menegurnya supaya memakai pakaian namun malangnya buat wanita itu apabila suspek mula bersikap agresif dan menyerang pramugari berkenaan.

Berikutan keadaan di luar kawalan, lelaki itu ditahan oleh penumpang lain di pesawat dengan mengikat tangannya menggunakan kain.

Beberapa gambar suspek yang tidak berpakaian itu turut tersebar di media sosial termasuk aplikasi mudah alih WhatsApp.

Menurut wakil Malindo, penumpang berkenaan dibawa oleh pasukan keselamatan Dhaka semasa ketibaan sebelum ditahan.

“Berkenaan dengan insiden seorang penumpang yang mencetuskan gangguan dalam penerbangan OD162 ke Dhaka pada 3 Mac, anak kapal telah mengikut prosedur operasi standard untuk menahan penumpang bagi mengelakkan sebarang gangguan berlaku terhadap kru dan penumpang.

“Kami akan terus memastikan penumpang menaiki penerbangan dengan lancar,” tulis pihak Malindo dalam satu kenyataan di laman Facebook syarikat itu.

Bagaiamanapun, orang seperti ini perlu diperiksa tahap kesihatan mentalnya agar tidak berlaku perkara buruk di masa akan datang kerana dalam kapal terbang yang dipenuhi orang pun masih tergamak berbogel dan menonton video porno.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *