Kes Cabul Pekerja Wanita: ‘Datuk Seri’ Mengaku Tak Bersalah

Seorang lelaki ternama yang bergelar ‘Datuk Seri’ dan juga seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencabul kehormatan pekerjanya pada 22 Dis tahun lepas.

Datuk Seri Peter Kong dikatakan mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu di sini hari ini.

Dia dakwa mencabul kehormatan wanita berusia 23 tahun itu di dalam restoran di hotelnya.

Memetik sumber, kesalahan itu, mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pegawai Pendakwa ASP Hasnan Abidin mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Maijol Mahap.

Bagaimanapun, majistret membenarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes.

Manakala, Hasnan memohon mahkamah mengenakan jaminan RM5,000 dengan dua orang penjamin.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *