Gol Kedua ‘Memalukan, Kebudak-budakan’ Ubah Segalanya – Mourinho

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho berkata, gol kedua Crystal Palace yang disifatkan sebagai ‘memalukan, kebudak-budakan’ mengubah kemenangan 3-2 pasukannya secara sepenuhnya pada malam Isnin.

Palace mendahului perlawanan dengan jaringan 1-0 pada separuh masa di Selhurst Park.

Pasukan itu berjaya menggandakan gol mereka sejurus selepas rehat ketika United gagal membuat tendangan percuma dan membolehkan Patrick van Aanholt menjaringkan gol.

United bagaimanapun memenangi perlawanan itu dengan gol ketiga oleh Nemanja Matic selepas Chris Smalling dan Romelu Lukaku berjaya mengubah nasib pasukan tersebut.

Bercakap kepada Sky Sports selepas permainan, Mourinho mengkritik pasukannya untuk gol kedua tetapi memuji usaha pemain untuk terus berjuang.

“Gol kedua yang memalukan, kebudak-budakan itu mengubah semuanya.

“Tetapi, pemain mengekalkan sikap yang luar biasa, Juan Mata bijak mencari ruang, Marcus Rashford terbuka di sebelah kiri dan membawa bek kanan mereka untuk memberi pasukan kami lebih banyak ruang di tengah.

Mourinho. – Reuters

“Anda selalu memerlukan sedikit tuah untuk memenangi pertandingan dalam beberapa minit terakhir.

“Kadang-kadang pemenang adalah pihak yang patut menerima ucapan tahniah tetapi saya fikir Roy Hodgson telah melakukan semuanya dengan betul.

“Saya tidak dapat memberitahu anda perkara yang saya katakan kepada pasukan pada separuh masa, tetapi apa yang saya boleh katakan adalah semuanya disebabkan kedudukan taktikal,” kata Mourinho.

Semasa bercakap kepada BBC, Mourinho secara terbuka menyatakan bahawa dia berasa David De Gea perlu melakukan lebih baik dengan gol Van Aanholt.

“David De Gea perlu melakukan lebih baik dengan gol kedua, dia adalah yang terbaik, tidak syak lagi, tetapi dia perlu melakukan lebih baik,” katanya.

Mourinho turut memuji Roy Hodgson untuk persembahan pasukan tersebut.

“Roy Hodgson layak mendapat kredit kerana pelan permainannya adalah agresif dan kuat, dia tahu waktu sesuai untuk menyerang, saya rasa dia sangat bagus, biasanya pemenang mendapat kredit tetapi saya rasa Roy juga layak,” kata jurulatih kelahiran Portugal itu. – Eurosport

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *