Eina Azman Bercumbu Atas Gondola, Habis Netizen Kecoh

Kehidupan Eina Azman memang mewah. Memang kerap dia dan suami ke luar negara, bercuti dan menghabiskan waktu bersama-sama dengan anak kembar tersayang.

Baru-baru ini, Eina dan suami bercuti ke Itali.

Foto: IG Eina Azman

Kalau tengok gambar-gambar yang dikongsi di Instagram memang rasa cemburu betul!

Tapi apa yang menjadi bualan adalah gambar mereka bercumbu di atas gondola.

Foto: IG Eina Azman

Kurang sopan kata netizen. Walaupun suami isteri tapi sepatutnya tak perlulah nak tayang kemesraan sampai macam tu sekali.

Bukan itu sahaja, kaca mata hitam yang mereka pakai pun menjadi sebutan. Tahulah jenama mahal, macam menunjuk-nunjuk katanya.

Macam tak ada kerja lain pula netizen ni kan? Cemburu ke macam mana?

Apa pun semoga Eina dan suami bahagia ke akhir hayat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *