Tak Dapat Habuan, Penyamun Tampar Warga Emas Sampai Bengkak

Gara-gara tidak mendapat ‘habuan’ besar, warga emas bengkak di pipi kanan selepas ditampar penyamun.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku  di Taman Tan Chee Hoe, Jalan Seremban-Tampin, Seremban kira-kira jam 11.30 malam, Sabtu lalu.

Ketika kejadian, dua lelaki lingkungan usia 20-an memecah masuk rumah mangsa berusia 60-an itu melalui tingkap.

Menurut sumber, mangsa sedang tidur berseorangan di dalam bilik ketika suspek memotong besi cermin tingkap rumah.

” Penjenayah menerjah masuk ke bilik mangsa lalu menutup mulutnya dan seorang lagi menggeledah kediaman untuk mencari barangan berharga.

“Tetapi, mereka hanya memperoleh syiling berjumlah RM100 menyebabkan mereka berang dan menampar mangsa sambil bertanyakan di mana dia sembunyikan barangan kemas,” katanya.

Gagal menemui barangan berharga, suspek kemudian meninggalkan rumah berkenaan dengan menggunakan motosikal sebelum mangsa menghubungi anak lelakinya berusia 56 tahun di Sikamat.

Polis kini dalam usaha mengesan dan menjejaki kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *