Roket Dan Bunga Lambang Penindasan Terhadap Rakyat

BUKAN sekali, malah berulang kali parti pembangkang diketuai DAP menindas dan menghina orang Melayu terutama dalam perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Malah mereka sesuka hati melaungkan perkara-perkara yang menyalahi Perlembagaan Negara dalam usaha untuk menonjolkan diri sebagai parti yang angkuh, bongkak, sombong dan berani melanggar undang-undang dan norma-norma budaya Melayu, hukum-hakam Islam serta anutan yang lain.

Masjid-masjid dan kuil-kuil Hindu menjadi sasaran mereka. Laungan azan disekat. Majlis Maulidur Rasul dipantau. Kuil-kuil Hindu dirobohkan. Masjid dan rumah pegawai masjid dirobohkan. Tulisan jawi diperlekehkan. Penjualan arak dikawasan majoriti Melayu disengajakan.

1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dijadikan “kambing hitam” dalam fitnah terancang pembangkang yang sentiasa di ulang siar. Apa sahaja kebaikan kerajaan atau pemberian kerajaan kepada rakyat sentiasa dikaitkan kononnya wujud salahguna 1MDB.

Hakikatnya pembangkang dikuasai DAP terkilan apabila rakyat mendapat manfaat. Bagi mereka, rakyat hanyalah untuk ditindas dan dipijak dalam usaha untuk mengkayakan kroni, proksi dan penama.

Masihkah anda ingat bagaimana orang Melayu dan orang India dihalau dari perkampungan mereka di Pulau Pinang oleh pakatan yang diketuai DAP? Kebebasan agama disekat apabila parti pembangkang mahu campurtangan dalam fatwa yang melibatkan umat Islam sedangkan mereka menganut agama lain.

Malah pihak pembangkang diketuai DAP ini mempromosikan gaya hidup seks bebas yang bertentangan dengan semua ajaran agama dan anutan dalam Malaysia. Bagi pari pembangkang ini Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender perlu diberi kebebasan. Begitu juga dengan kebebasan untuk murtad.

Apa yang pasti, parti Roket dan Bunga sememangnya menindas rakyat Malaysia. Mereka hanya menjaga Cina DAP semata-mata. Kaum lain dari parti yang lain sengsara dengan penganiayaan berterusan dari pembangkang diketuai parti chauvanist ini.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *