Prinsip Cekap, Akauntabiliti, Telus DAP Hanya “Wayang”

PRU yang akan datang ini bukan sekadar peluang untuk mengatakan “tidak” kepada pemerintahan DAP di Pulau Pinang tetapi ia juga peluang bagi rakyat Malaysia untuk mengatakan “tidak” kepada gejala rasuah, politik perkauman dan kezaliman DAP terutama di negeri pembangkang  yang telah menindas rakyat selama ini.

Ia juga merupakan peluang keemasan untuk memulakan satu budaya dan model politik baru buat negara kita. Model baru yang dibawa kerajaan Barisan Nasional ini adalah politik dasar dan debat, dan bukan politik perkauman dan penipuan sebagaimana hancurnya dua buah negeri pembangkang sekarang.

Rakyat mahu menilai pemimpin-pemimpin mereka atas tindakan yang melibatkan kepentingan rakyat dan mengenepikan politik yang bersifat kezaliman terhadap rakyat sebagaimana 9 tahun telah berlalu dalam pemerintahan DAP dan PKR di Selangor. Pemerintahan yang telah banyak membebankan rakyat dalam semua keadaan.

DAP dan PKR dalam diam dan tersembunyi telah memasukkan jarum jarum halus perkauman dan agama. Kini rakyat sendiri telah melihat bagaimana DAP mengusik bukan hak mereka dalam isu agama Islam dan mencampuri urusan halal haram dalam Islam. Ini merupakan satu penindasan terancang dilakukan tanpa menjaga sensitiviti  penganut Islam.

Ini merupakan satu tindakan yang amat bahaya dalam kehidupan berbilang kaum dan  sentimen orang Islam terhadap DAP sekarang sudah berada ditahap yang amat membimbangkan.

Demi untuk mendapat sebuah kerajaan yang bersih seharusnya rakyat melihat betapa bersungguhnya kerajaan pimpinan Najib berusaha untuk membasmi rasuah , mengamal kan dasar kehidupan yang harmoni serta memikirkan hak hak rakyat yang seharusnya didahulukan  demi menjaga  semua hak hak kaum dalam negara,

Selama lima tahun yang lepas, DAP cuba menutup tingkah laku mereka dalam penyelewengan dana rakyat dalam slogan propaganda mereka yang agak sudah basi dimata rakyat. Slogan yang sudah pun membuktikannya melalui pentadbiran yang korup serta mengamalkan politik bukan untuk rakyat  dan ianya berselindung dibawah prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) dimana amalan rasuah dilakukan dengan sewenangnya.

Kedudukan Malaysia dalam capaian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 turun kepada kedudukan ke-62 daripada 180 buah negara berbanding 55 pada 2016. Menurut indeks yang dikeluarkan Transparency International (TI), ukuran skor Malaysia juga menurun dua mata kepada 47 berbanding 49 pada tahun lalu.

SPRM begitu agresif dalam mengekang rasuah di negara ini. Beberapa kes melibatkan dana rakyat dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam kanan telah disiasat dan dituduh.

Beberapa kes melibatkan Felda, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, isu banglo, terowong dasar laut  dan lain-lain lagi.

Penurunan skor ini adalah disumbangkan kebanyakannya oleh pemimpin pembangkang dalam Negara ini yang amat agreasif melakukan rasuah sehingga ianya  memburukkan nama Negara dimata dunia.

Sebagaimana biasa pihak pembangkang akan nmenunjukkan sikap tidak beratanggungjawab mereka dengan melakukan tuduhan yang melulu untuk menutup salah laku yang dilakukan oleh mereka dan menuding jari kepada pihak lain.

Kes rasuah terbesar yang kini sedang disasat oleh SPRM yang melibatkan berbillion ringgit dikatakan dilakukan oleh kerajaan DAP sedang cuba ditutup sedaya upaya oleh parti tersebut untuk memperlihatkan kononnya mereka adalah parti politik yang telus.

Cerita skandal terowong dasar laut kini menjadi lebih menarik lagi apabila  terbongkarnya siri rasuah yang dilakukan oleh proksi Guan Eng yang dikatakan telah membayar sebanyak RM19juta sebagai balasan untuk menutup isu skandal yang berlaku di Pulau Pinang.

Skandal yang dilakukan oleh kepimpinan pembangkang Pulau Pinang kini dalam penyiasatan SPRM yang mana melibatkan berbiliion ringgit.

Sebelum ini, sumber SPRM melaporkan bahawa seorang wanita dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong di Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM305 juta kepada kerajaan negeri.

Dengan penahanan wanita tersebut seramai tiga lagi invidu telah ditahan untuk membantu siasatan yang melibatkan kegagalan pembinaan  projek terowong dasar laut yang telah melibatkan pengadaian tanah, wang rakyat dirompak oleh kerajaan kleptokrat Guan Eng.

Syarikat yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd didedahkan membayar RM19 juta kepada seorang lelaki yang sebelum ini turut terlibat dalam beberapa kes penipuan.

Wang itu dikatakan adalah ‘pembayaran perundingan’ atau habuan bagi menutup kes yang disiasat SPRM.

“SPRM menjalankan siasatan terhadap kajian projek mega di Pulau Pinang itu dan suspek berkemungkinan meyakinkan sebuah syarikat bahawa dia mampu menutup dan menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

Menurut sumber, bayaran kedua iaitu sebanyak RM15 juta pula dilakukan pada bulan sama dan pembayaran ketiga dan terakhir pada Ogos tahun lepas.

Suspek Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram yang juga suami bekas model Dato’ Geethanjali Gausillia a/p Kathirvalu direman selama enam hari bermula hari ini.

“Pembayaran sebanyak RM19 juta sudah dilakukan dengan pembayaran pertama sebanyak RM2 juta adalah pada bulan Julai tahun lalu di rumah suspek,” kata sumber itu kepada Bernama.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2018/02/28/ahli-perniagaan-direman/

Lelaki ini pernah didedahkan menggunakan nama pemimpin negara sebagai salah satu taktik menyakinkan mangsa dan beberapa siri laporan polis pernah dibuat terhadapnya.

https://www.hmetro.com.my/node/217208

Suspek juga terlibat dalam Yayasan Usaha Ventures Malaysia (Malaysia Ventures Entrepreneur Foundation).

Lelaki yang sama juga sanggup memperdaya mangsa dengan ‘memeluk Islam’.

Namun, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengesahkan tidak pernah menerima sebarang pendaftaran mualaf dari suspek.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/mais-tiada-rekod-pengislaman-pasangan-suami-isteri-1.659260

Justeru itu ada satu ahli falsafah Plato pernah menyatakan bahawa “Kita boleh memaafkan seorang kanak-kanak yang takut dengan gelap; tragedi sebenar berlaku apabila orang dewasa takut dengan pencerahan.”

Oleh itu, Ditekan kan sekali lagi bahawa kerajaan Barisan Nasional akan memastikan setiap rakyat Malaysia akan bebas daripada penindasan, rasuah, kemiskinan, kejahilan dan paling penting sekali, ketakutan dan terus nasib mereka dibela dan bukan sebagaimana berlakunya nasib malang rakyat yang berada di negeri Pembangkang yang mana sedang berhadapan  dengan isu kenaikan cukai yang amat tinggi serta persekitaran yang tidak terbela.

Hanya dengan itu, barulah kita boleh membina negara Malaysia yang dapat menunaikan impian-impian semua anak kita dimasa akan datang dengan terus bersama sama Barisan Nasional dan bersama sama membina negara.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *