Pokok ‘Gergasi’ Tumbang Depan KLCC, Pejalan Kaki Cedera

Malang tak berbau apabila sebatang pokok yang tumbang di Jalan Ampang, Kuala Lumpur tiba-tiba tumbang dan mencederakan sekurang-kurangnya seorang pejalan kaki dan menghalang lalu lintas di pusat bandar.

Menurut sumber berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi akaun Twitter pada pagi Isnin memaklumkan bahawa pokok itu tumbang di hadapan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menuju ke Avenue K.

DBKL berkata, pokok itu menghempap orang awam di kawasan itu, sambil menambah bahawa polis trafik dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah berada di lokasi.

Gambar-gambar di lokasi kejadian menunjukkan anggota bomba menyelamatkan seorang mangsa yang tidak sedarkan diri.

Para pemandu yang menuju ke pusat bandar dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif buat sementara waktu.

[KGVID]http://www.pru14.tv/wp-content/uploads/2018/03/pokok-tumbang.mp4[/KGVID]

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *