Penggal Kepala, Campak Keratan Badan Kekasih Dalam Hutan

Seorang bekas tentera udara AS disyaki telah memenggal kepala seorang wanita yang dikenalinya menerusi aplikasi temu janji dalam talian.


Yevgeniy Vasilievich Bayraktar, 26, meletakkan kepala mangsa di beg manakala bahagian tubuhnya yang lain di hutan.


Tokyo Sports melaporkan, suspek melakukan jenayah tersebut semasa bercuti ke Jepun dan kini masih ditahan di Osaka.

Kali terakhir mangsa, Saki Kondo dilihat adalah bila dia berjalan masuk bersama-sama suspek ke sebuah pangsapuri sewa sebelum tubuhnya dikerat-kerat.

Mangsa gagal dikesan dan menerusi kamera litar tertutup, suspek dilihat keluar dengan beberapa beg.

Lokasi badan Kondo ditemukan, Foto: Tokyo Sports

Polis kemudiannya menemui kepala mangsa di dalam beg dan bahagian mangsa pula dicampak berterabur di kawasan hutan Shimamoto, 25 batu dari situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *