Kecoh! Aksi Berani Wanita Separa Bogel Di Pusat Pengundian

Silvio Berlusconi yang merupakan bekas Perdana Menteri Itali, membuat kemunculan semula dalam dunia politik menerima kejutan ketika beliau membuang undi dalam pilihan raya di negara itu yang bermula hari ini (Ahad).

Menurut sumber berkata, jutawan media yang pernah mencetuskan kontroversi itu ‘disambut’ dengan tindakan konfrontasi seorang aktivis separa bogel yang melompat ke atas meja di pusat pengundian di Milan ketika Berlusconi, 81, mahu menjalankan tanggungjawabnya.

Bahagian dada wanita itu dikatakan turut tertera ‘Berlusconi, anda telah tamat tempoh’ manakala belakang badannya ditulis Femen dengan pen marker.

Aksi berani wanita itu turut dirakamkan sekumpulan jurugambar di dalam bilik mengundi itu yang kemudiannya bertukar kecoh hingga menyebabkan beliau terpaksa diiringi keluar.

Difahamkan, ia bukan kejadian pertama kali berlaku kepada bekas pemimpin tersebut.

Rangkaian berita Rai melaporkan kejadian sama pernah berlaku pada 2013 apabila tiga aktivis Femen yang terkenal dengan aksi tidak berbaju ‘mendekati’ Berlusconi dengan cara sama.

Pilihan raya pada tahun ini menyaksikan lebih 30 juta rakyat Itali layak mengundi untuk memilih ahli parlimen termasuk 630 anggota Dewan Perwakilan dan 315 anggota Senat.

Parti berhaluan kanan dan populis diramalkan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya tersebut selepas keputusan awal dijangka diumumkan pada pagi esok.

Di bawah undang-undang baharu pilihan raya negara itu, mana-mana kumpulan memerlukan sekurang-kurangnya 40 peratus undi untuk meraih majoriti keseluruhan kerusi di kedua-dua dewan parlimen.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *