Isteri Redha Bermadu..Tetapi Suami Perlu Bersikap Adil

Kadangkala setiap pasangan berumah tangga pasti diberi ujian,lebih-lebih lagi sekiranya ditakdirkan menempuh alam poligami.Bukan mudah hidup bermadu. Manis di mata orang tetapi pahit di mata empunya diri yang bermadu dan berkongsi kasih. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah ibaratnya.

Madu itu memang manis sekali, tapi bukan madu dalam rumah tangga! Ada ke mana-mana isteri yang sanggup menerima ‘madu’ demi payung emas di sana nanti?

Hati wanita mana yang boleh tenang apabila tiba waktu malam, mengingatkan si suami sedang mesra bersama dengan orang lain iaitu isteri keduanya.

Namun, tahukah para isteri sekalian bahawa sebenarnya ada kemanisan dan kebaikan di sebalik pilihan suami untuk berkahwin untuk kali kedua.

Satu coretan seorang isteri yang kelihatan agak reda jika si suaminya berkeinginan untuk pasang dua (kahwin kali kedua). Nampaknya ada betul juga apa yang dikatakan wanita itu.

Fakta ada mengatakan bahawa seorang lelaki akan nampak lebih kacak ketika usia 40-an kerana pada waktu itu mereka akan mendapat perhatian daripada wanita lain.

Mana tidaknya, yang beranak mesti lah si isteri. Lepas beranak semua menggelebeh, yang si suami semua makan pakai terjaga oleh si isteri.
Sebenarnya isteri pertama perlu berterima kasih kepada isteri kedua. Kenapa? Yelah, kerana dia sanggup menjaga si suami tu.

Kadang-kadang ada sesetengah golongan wanita yang tidak tahu malu ni, mereka pasti akan berasa bangga kalau dapat tahu seorang lelaki yang bergelar suami telah tertarik dengannya.

Menurut golongan wanita seperti itu, suami orang ni lebih berpengalaman. Pengalaman apa pun tak tahu lah, mereka sahaja yang tahu maksud yang tersirat tu.

Kebiasannya kalau si suami yang dah berusia dalam 40-an mereka pasti mahu habiskan masa di rumah sahaja. Tapi si isteri muda pula tak habis nak shopping, tengok wayang dan buat aktiviti di luar rumah atau jaga anak.

Waktu itu lah si isteri muda boleh fikir yang sebenarnya berpoligami dengan suami orang ni bukan mudah!

Ye lah, dia dah lalui fasa sebagai suami terlebih terdahulu bersama dengan isteri pertama. Jadi mereka mungkin dah ‘bosan’ dengan kerja tu semua.

Selain itu, isteri pertama tak perlu risau tentang harta si suami jatuh ke tangan si madu. Dalam Islam sendiri si isteri boleh tuntut nafkah daripada si suami.

Jadi, tiap bulan isteri pertama tak perlu risau lagi mengenai duit belanja bulanan.

Dalam masa yang sama, isteri pertama juga boleh buat jadual untuk si suami supaya berlaku adil terhadap kedua-dua isteri.

Kalau pandang kat sudut positif, isteri pertama mempunyai masa terluang untuk diri sendiri. Waktu tu lah si isteri dapat ke spa, riadah dengan anak-anak atau ke masjid berdekatan mengikuti kuliah.

Biarlah si madu yang menguruskan semua hal makan minum, sakit pening si suami. Kalah dah kahwin, suami kan dah menjadi keutamaan setiap isteri.

Kadang kala sebagai isteri kita tak nampak nikmat lain di sebalik perkahwinan si suami buat kali kedua tu.

Sebenarnya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Allah dah permudahkan urusan kita sebagai isteri pertama dengan memberi laluan kepada orang lain iaitu isteri kedua

Tak ada suami yang tak sayangkan isteri. Kecuali suami tu yang ada masalah sahaja lah.

Jika dilihat dengan mata kasar, tak banyak rumah tangga yang bahagia dengan kehadiran isteri kedua.

Tapi tak perlulah terlampau positif sahaja. Tiada satu pun isteri yang mahu berkongsi kasih dengan orang lain.

Namun, jika itu yang sudah ditulis oleh Allah, kita sebagai hambanya tidak boleh menolak takdir-Nya.

Ketiga-tiga perlu memainkan peranan dalam rumah tangga. Si isteri pertama perlu lebih matang dan beralah namun dalam masa yang sama masih bersifat tegas.

Isteri kedua pula perlu hormat keputusan madunya. Yelah, dah awak ambil suami dia, ikut lah syarat dia. Kalau dia tak setuju dulu, tak adanya kalian berdua dapat kahwin.

Bagi suami pula, perlulah bersikap adil terhadap kedua-dua isteri. Jangan pilih kasih pada yang lebih muda.

Ingatlah bahawa isteri pertama tu lah yang sudah menjaga dan tahan dengan perangai pelik anda tu. Ewah!

Bermacam asam garam dalam rumah tangga ni yang perlu dilalui oleh semua pasangan suami isteri. Kuncinya cuma satu iaitu bersabar dan sentiasa taat dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya Islam mengharuskan POLIGAMI, mereka yang dapat melaksanakan tuntutan keadilan dalam poligami mendapat pengiktirafan mengikut / turut sunnah Nabi dan mendapat pahala yang sangat besar di sisi Allah.

Sebaliknya bagi mereka yang tidak berkemampuan tetapi berpoligami hanya kerana hawa nafsu semata-mata (jauh sekali menganggapnya ibadah (perhambaan total kepada Allah))maka haram hukumnya berpoligami kerana ianya akan membawa kesengasaraan banyak pihak dan menjadi fitnah kepada keindahan hikmah poligami di sisi Islam.

Poligami di sisi Islam, tidak pernah lahir mereka yang dianggap sebagai curang dan perampas suami orang.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *