Gadis Usia 14 Tahun Sanggup Lacur Diri Gara-gara Inginkan Telefon Pintar

Gara-gara ingin membeli sebuah telefon pintar, seorang gadis berusia 14 tahun sanggup melacurkan diri sendiri sebanyak 35 kali, lapor sebuah akhbar.

Menurut sumber, laporan itu memetik kenyataan Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, kes terbabit merupakan antara kes perdagangan seks yang melibatkan pelajar bawah umur pada tahun lalu.

Berdasarkan risikan polis, pelacur tempatan bawah umur menawarkan perkhidmatan mereka serendah RM300, kata beliau.

Sebahagian daripada bayaran itu akan dibahagikan kepada anggota sindiket.

“Ini bermakna, gadis berusia 14 tahun itu hanya akan memperoleh sebanyak RM150 untuk bahagiannya,” kata Rohaimi.

Jelasnya lagi, gadis tersebut dikatakan perlu melayan pelanggan sebanyak 35 kali, bagi mendapatkan telefon pintar yang bernilai sekitar RM5,000.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *