Barcelona Anggap Borges Hero Selamatkan 20 Rakan Sekelas

BARCELONA meredakan trauma mangsa tembakan di sekolah tinggi Florida bulan lalu.

Anthony Borges yang pernah mengikuti latihan akademi remaja di Fort Lauderdale 2016 mengalami lumpuh apabila dia turut berada di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Doughlas, Parkland ketika kejadian tembak berlaku.

Kejadian itu menyebabkan 14 orang pelajar terbunuh dan tiga orang guru.

“Anthony Borges menerima jersi yang ditandatangani semua pemain utama kelab minggu ini. Dan dia memang layak menerima penghargaan ini.

“Pada usia 15 tahun, remaja kelahiran Venezuela ini dianggap sebagai hero,” jelas Barca dalam satu kenyataan.

Messi menurunkan tandatangan ke atas jersinya untuk diberi kepada Borges.

Kelab memuji tindakan Borges yang membantu 20 orang rakan kelasnya ketika kejadian tembakan berlaku. Dia terkena lima tembakan di badannya.

“Anthony selalu mengimpikan untuk datang ke Barcelona bertemu dengan pemain-pemain utama kelab. Dan kelab telah memberitahu bapanya, Royer menerusi panggilan telefon minggu ini.”

Barcelona juga turut memuat naik video salah seorang pemainnya, Lionel Messi sedang menandatangani jersi untuk Borges.

Tambah Barca: “Bapa mangsa Royer turut meminta sumbangan menerusi go.fun.me untuk membantu perbelanjaan perubatan anaknya.Dan respon yang diterima sangat menggalakkan. Dia telah menerima setengah juta dolar, malah Barca turut membantu keluarganya dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai mengenai sumbangan ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *