Kejam!! Tiga Anak Dikurung Dalam Ruang Sempit Dipenuhi Najis Dan Timbunan Sampah

Sepasang suami isteri didakwa melakukan kekejaman dengan sengaja selepas didakwa ‘mengurung’ anak mereka dalam kotak papan lapis dalam keadaan serba daif di kawasan gurun Joshua Tree.

Akibat perbuatan melampau itu, ibu bapa tersebut ditahan di California, Amerika Syarikat ditahan pada Khamis lalu.

Tiga anak kepada Daniel Panico, 73, dan Mona Kirk, 51, ditemui dalam ruang sempit itu yang dipenuhi najis mereka selain timbunan sampah sarap.

Jurucakap Jabatan Syerif San Bernardino berkata, mangsa berusia 11, 13 dan 14 tahun itu juga mengalami malnutrisi dan dipercayai telah tinggal di dalam kotak itu selama empat tahun.

“Pemeriksaan awal menunjukkan tiada tanda penderaan fizikal berlaku ke atas mereka yang juga tidak bersekolah. Kotak yang terdapat beberapa lubang besar itu berukuran 6 meter (m) panjang dan 1.2 m tinggi serta 3 m lebar. Ia tidak dilengkapi bekalan elektrik atau air walaupun suhu di kawasan tersebut mencecah sehingga 48 darjah Celsius.

“Siasatan mendapati Kirk tinggal di dalam kotak itu bersama anaknya manakala Panico tinggal di dalam treler,” katanya.

Penemuan mengejutkan itu dibuat selepas timbalan syerif kawasan itu mengadakan rondaan dan terlihat timbunan sampah sarap, alat permainan dan perabot di kawasan tersebut pada awal minggu lalu.

Menurut sumber berkata, Kapten Trevis Newport menerusi Twitter memaklumkan pasangan tersebut telah membiarkan anak mereka tinggal dalam keadaan tidak selamat dengan keadaan persekitaran yang kotor dan sempit.

Jelas Ramesh, lelaki itu sebenarnya sedang cuba untuk menarik jubahnya yang tersangkut di bawah wanita berkenaan setelah wanita itu terduduk di atas jubahnya sebelum tertidur.

Ramesh, melalui perkongsian itu nyata kecewa apabila para netizen dan pihak media cuba menyalahkan lelaki tersebut tanpa usul periksa sambil turut berasa kecewa dengan tindakan tuan empunya video untuk memuat naik rakaman terbabit.

Perkongsian Ramesh itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan yang berterima kasih kepada Ramesh kerana tampil memperbetulkan keadaan selepas lelaki tersebut dikecam selama ini.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *