Dua Pemain EPL Didakwa Gay, Dipercayai Mangsa Kempen Gosip ‘Homophobic’

Dua pemain Liga Perdana Inggeris didakwa menjalinkan hubungan sejenis selepas poster-poster dikatakan buatan sendiri yang mempersendakan persahabatan dua pemain itu telah diletakkan di tempat latihan sebuah kelab bola sepak Liga Perdana, akibat daripada itu pasukan bola sepak terbabit menjadi perhatian.

Pasangan ini, kedua-duanya berada dalam skuad utama percaya mereka menjadi mangsa kempen gosip ‘homophobic’ (benci homoseksual) oleh pemain lain.

Seorang pemain kelahiran Afrika difahamkan telah memberitahu rakan sepasukannya bahawa dia menentang hubungan sejenis yang turut dilarang oleh agamanya.

Tetapi kenyataannya mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan pemain lain dan mesyuarat tergempar dikatakan dipanggil minggu ini dalam usaha untuk menangani isu ini.

Poster-poster itu, yang didakwa dilihat oleh sebuah portal, menunjukkan salah seorang pemain bintang meraikan gol, dengan nama rakan sepasukannya ditulis di bajunya.

Ia mencadangkan bahawa salah seorang daripada mereka saling ‘memiliki’.

Di bawah foto itu terdapat dua hati merah dengan anak panah dan keterangan gambar: “Saya sangat gembira kita dapat bersama.”

Sekurang-kurangnya tiga keping poster itu diletakkan di sekitar premis kelab, menurut sumber dalaman.

Tidak jelas siapa yang bertanggunghawab terhadap poster kempen itu.

Bagimanapun tidak ada cadangan menyatakan bahawa sama ada salah seorang daripada pemain itu adalah gay.

Sumber dalaman kelab berkata: “Mereka sedang dibuli dengan khabar angin yang berniat jahat.

“Buli ini telah menyebabkan perasaan tidak bagus dalam skuad. Majoriti pemain begitu menyokong, tetapi seorang pemain Afrika benar-benar menolaknya dan dengan jelas menyatakan dia menentang hubungan gay.

“Timbul suasana tidak baik di tempat latihan sejak itu. Kakitangan kejurulatihan terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan.

“Tetapi apabila keadaan mula tenang, ada orang bodoh meletakkan poster ini.

“Saya syak ia bertujuan jenaka, tetapi dalam keadaan ini ia tidak sesuai.

“Pihak pengurusan tahu, tetapi tidak dapat mengawalnya. Oleh itu, beberapa pemain senior telah campur tangan untuk semua.

Aktivis hak gay Peter Tatchell berkata: “Prasangka tidak mempunyai tempat dalam mana-mana sukan.

“Ia sangat keterlaluan jika pemain bersikap homophobic.

“Jika masih tidak dihentikan, mereka yang bertanggungjawab harus digantung, sama ada oleh kelab atau oleh FA.”

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *