Sepasang Kekasih Kantoi Buat Seks Dalam Tandas Masjid

Padah lakukan hubungan seks dalam tandas sebuah masjid di Jawa Barat sepasang kekasih bawah umur yang juga pelajar sekolah menengah ditangkap.

Kejadian tidak bermoral itu berlaku di Lamongan, kelmarin.

Menurut saksi, pasangan tersebut tiba di masjid yang terletak di Pambon itu dalam keadaan mencurigakan.

Kelibat mereka selepas itu tidak kelihatan dan beberapa jemaah masjid yang curiga mula melakukan pencarian.

Pasangan tersebut kemudian dikatakan ditemui dalam keadaan tidak berbaju, dan ketika ditangkap mereka memberi alasan singgah di masjid itu untuk mandi.

Insiden itu turut dirakam dan ia mula tular di media sosial sejak semalam.

Sementara itu Ketua Polis Lamongan, Asisten Komisioner Yadwivana Jumbo Qantasson mengesahkan rakaman berdurasi lebih dua minit tersebut, namun memaklumkan sehingga semalam insiden memalukan itu tidak dilaporkan kepada pihaknya.

Bagaimanapun, pihak polis dikatakan mahu memanggil pelajar terbabit serta jemaah masjid yang merakam video tersebut.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *