BN Negeri Johor Akan Bentang Manifesto PRU14 April Depan

Barisan Nasional (BN) negeri Johor akan membentangkan manifesto pilihan rayanya pada awal bulan April untuk PRU14.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata antara perkata utama terkandung di dalamnya adalah menyediakan ekonomi yang sejahtera dan baik untuk rakyat negeri itu.

“Kita (BN Johor) akan menekankan ekonomi yang sejahtera, kita punya agenda ekonomi jelas tapi dalam masa yang sama bertujuan untuk membawa kesejahteraan pada rakyat.

“Dalam ekonomi yang sejahtera itu juga fokus utamanya ialah menangani kos sara hidup yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian My-Kasih Yayasan Pasir Gudang (YPG) Smart Food Programme 2018 di Johor Bahru, hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata terdapat lima perkara utama yang menjadi tumpuan manifesto BN Johor yang menyasarkan tiga kumpulan iaitu wanita, anak muda serta orang kelainan upaya

Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub yang beliau dan pegawai kanannya terlibat dalam rasuah.

“Itu semua hanyalah tuduhan kerana dia (Salahuddin) ketandusan isu yang hendak dibangkitkan ” katanya.

Terdahulu, pada majlis Mykasih-YPG Food Programme, Mohamed Khaled menyampaikan sumbangan berjumlah RM235,200 kepada sebahagian daripada 245 penerima bantuan sara diri golongan tidak berkemampuan.

BN Johor sudah mendapat reaksi positif daripada para pemerhati politik untuk kekal terus memerintah Johor kerana suasana politik di negeri itu memang stabil dan sentiasa kuat menyokong parti pemerintah.

Sokongan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga kuat di Johor walaupun Pakatan Harapan begitu dambakan Johor untuk ditawan mereka pada PRU14 akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *