Robert Kuok Dakwa Dirinya Orang Tengah Penyebab Matinya Parti Komunis

Robert Kuok dan raja gula yang juga hartawan dari Malaysia mendakwa bahawa dia merupakan orang tengah dalam jalinan kerjasama antara kerajaan Malaysia dan China yang membawa kepada ‘matinya’ Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1980-an.

Menurut satu laporan yang pernah disiarkan oleh portal The Malaysian Insight, Kuok berkata dalam memoirnya, “Saya fikir, sesuai untuk cakap bahawa Malaysia menganggap saya rakyat yang ada kenalan baik dengan pihak China.

Kerana hubungan baik saya dengan kedua belah pihak, beberapa kali saya dijemput sebagai orang tengah antara dua kerajaan itu.”

Katanya lagi, Abdul Rahim Noor yang merupakan Pengarah Cawangan Khas ketika itu menghubunginya untuk meminta pertolongan.

Menurut sumber, ini kerana dia mempunyai seorang kenalan China bernama Zhong Pak atau dikenali sebagai Uncle Zhong, yang kemudiannya baru diketahui memegang jawatan penting dalam Kementerian Keselamatan Kebangsaan China.

“Cawangan Khas kerap hubungi saya bertanya, ‘boleh tak awak kirimkan mesej ini ke China’.” Tambah Kuok lagi, antara permintaan itu termasuklah memohon kerajaan China “mendiamkan” siaran radio PKM yang mengancam kerajaan Malaysia.

“Saya kirim mesej itu dan kemudian radio itu pun disenyapkan. Cawangan Khas kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada saya melalui orang saya di Kuala Lumpur iaitu Lim Chee Wah (salah seorang pewaris kumpulan Genting).”

Selain itu menurut Kuok, kerajaan Malaysia juga mengatakan yang mereka mahukan jaminan daripada China supaya berhenti menyokong PKM dan pemimpin PKM Chin Peng.

“Suatu hari Rahim Noor cakap pada saya, ‘Kami dah hantar utusan kami ke dalam hutan untuk berunding dengan orang-orang Chin Peng.

Awak telah beri petunjuk berkaitan sikap China yang sudah tak menyokong PKM.” “Ini selari dengan apa yang agen-agen kami perhatikan.

Tetapi, boleh tak awak buat kenyataan bertulis, nyatakan tahap mana China menarik diri dari menyokong (PKM)?” Setelah menyampaikan permintaan itu kepada Zhong, Kuok dijemput ke Guangzhou melalui Hong Kong bagi membantu menyemak draf mesej oleh “pemimpin paling senior negara” dan memberikan komen.

“Mujurlah ketika itu, bahasa China saya agak elok. Tulisan itu dalam dua atau tiga muka surat. Ia tak ditujukan kepada sesiapa. Ia adalah kenyataan sahaja.”

Katanya lagi, banyak bahagian draf tersebut yang diedit olehnya yang apabila diserahkan kepada Rahim Noor, ia dianggap “berjaya.” Beberapa bulan kemudian, kerajaan Malaysia dan Chin Peng menandatangani perjanjian gencatan senjata.

“Orang-orang dia keluar dari hutan dan secara simboliknya meletakkan senjata, berjanji setia kepada Malaysia, dan dengan itu tamatlah riwayat Parti Komunis.”

Pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa sejak tahun 2008, Kuok percaya bahawa tsunami Cina telah memungkinkan perubahan daripada kerajaan Melayu bertukar kepada kerajaan Cina.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *