Maut Ditembak Ketika Tunggu Anak Di Luar Sekolah

Ibu bapa yang sedang menunggu kepulangan anak dari sekolah telah dikejutkan dengan kejadian tembak yang menyebabkan seorang lelaki maut, selain seorang lagi cedera.

 
Mstar Online melaporkan, insiden tersebut berlaku di perhentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, Seri Kembangan pada petang Khamis.
 
Difahamkan dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, seorang daripada dua lelaki yang menaiki motor telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa yang berusia 40an, mengakibatkannya terbunuh di lokasi kejadian.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata, 
 
“Ketika kejadian ramai orang awam sedang menunggu anak keluar dari sekolah. Keadaan mangsa yang cedera stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Serdang.”
 
Seorang saksi yang berada di tempat kejadian berkata,
 

“Hari ini, perhentian bas sesak dengan ibu bapa yang menunggu anak selepas hujan reda, tiba-tiba ada bunyi beberapa letupan yang kuat di perhentian bas itu, saya ingat mercun.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *