Liga Super: 2 Pengadil Digantung 2 Minggu

Kontroversi sepakan penalti yang diberi kepada Pahang ketika menentang Selangor pada aksi Liga Super, 24 Februari lalu menyaksikan dua pengadil perlawanan itu digantung 2 minggu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh selepas badan penilai dan jawatankuasa mendapati dua pengadil perlawanan itu gagal memberi keputusan yang sudah dijangka.


Tambah Subkhiddin, penilaian dibuat secara keseluruhan melihat prestasi pengadil itu sepanjang perlawanan terbabit.

Dan mendapati pengadil kurang cergas serta kemampuan membaca perlawanan agak rendah.


Pada perlawanan tersebut, kontroversi tercetus apabila bola terkena tangan pemain import Selangor, Willian Pacheco namun ia berlaku di luar kotak penalti.


Bagaimanapun pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Pahang yang berjaya disempurnakan Forkey Doe pada minit ke 70.


Pada perlawanan itu, Pahang menang 3-1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *