Laungan “Allahu Akbar” Ganggu Emosi Paderi

MEMANG melampau dakwaan paderi ini. Kononnya laungan ‘Allahu Akbar’ dari sekumpulan pemuda Islam bagi meraikan kemenangan terhadap kes permohonan murtad tiga orang mualaf dan seorang wanita Muslim yang ditolak Mahkamah Persekutuan dua hari lepas, dikatakan telah mengganggu seorang Biskop Roman Katolik sedang beliau sebenarnya diiringi ke keretanya oleh sekumpulan pemuda Islam sendiri dengan selamat.

Sungguhpun agama Islam dimartabatkan sebagai agama bagi Persekutuan, setiap individu berhak menganuti dan mengamal agamanya, sebagaimana diperuntuk dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan peruntukan ini, jelas kebebasan beragama merupakan elemen-elemen hak asasi yang dijamin dan dilindungi dalam negara ini. Walau bagaimanapun, perlu disedari bahawa kebebasan beragama sebagaimana diperuntukkan di bawah peruntukan tersebut tidak boleh ditafsir dengan begitu luas.

Perlu kita tahu bahawa hak asasi manusia yang menjadi asas pandangan hidup umat Islam di negara ini sejak zaman-berzaman – dan di mana-mana jua berpaksikan theocentric, iaitu ajaran al-Quran dan al-Sunah menjadi neraca atau penentu nilai. Asas kefahaman yang berbeza ini mendatangkan kesan yang berbeza. Di Barat, atas nama hak asasi manusia, segalanya dibenarkan tanpa difikir persoalan kebenaran, keadilan dan adab.

Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh persoalan kebebasan bersuara tidak boleh dibaca secara terpisah daripada Perkara 3 yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan. Oleh yang demikian, hak kebebasan bersuara mesti disemak dan diimbangi dengan tanggungjawab memelihara agama Islam sebagai Agama Persekutuan!

Tidak terdapat istilah hak asasi manusia dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, yang ada hanyalah hak kebebasan asasi. Namun, ia tidak bermakna elemen-elemen hak asasi manusia tidak dipedulikan oleh Malaysia, malah agenda Perlembagaan Persekutuan secara keseluruhannya, bertujuan membela hak asasi manusia.

Sehubungan itu, apa sahaja bentuk perlindungan hak yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang perlu dipelihara dan dihormati oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, tidak semua perkara yang dianggap sebagai hak asasi oleh kelompok masyarakat tertentu diiktiraf sebagai hak asasi atau hak kebebasan asasi di negara ini. Dengan perkataan lain, hak asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan diamalkan di negara ini tidak bersifat mutlak.

Oleh itu, tindakan paderi bersama-sama Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) yang dilaporkan mungkin akan membuat laporan polis rentetan daripada kejadian tersebut dilihat amat tidak bertanggungjawab dan menyalahi perlembagaan.

Mereka berhak menganuti dan mengamal agamanya, sebagaimana diperuntuk dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan namun tidak boleh mempengaruhi orang Islam untuk murtad. Perkara tersebut amat jelas.

Negara kita terdiri dari berbilang kaum dan bangsa maka isu agama dillihat amat sensitif. Semua pihak tidak sepatutnya mencurah minyak ke dalam api namun itulah yang sedang dibuat oleh pakatan pembangkang diketuai DAP. Demi memastikan negara terus berada dalam keadaan aman maka mereka ini perlu dikuburkan dalam arena politik tanahair.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *