Kezaliman Pakatan Terhadap Islam Di Pulau Pinang Dan Selangor Sedarkan Melayu

Kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam atau DAP? Itu dua persoalan yang seharusnya dijawab oleh umat Melayu Islam yang mana  ianya lebih besar lagi isunya dari isu politik yang dibangkitkan  semata-mata.

Salah satu diantara dua perkara tersebut jika ianya memihak kepada  DAP, maka tiada lagi jalan keluar untuk bangsa Melayu Islam akan hidup seperti yang ada sekarang ini. Ini adalah kerana dasar-dasar sosialis dan liberal akan menukar semua keadaan yang ada.

Dasar-dasar ini, sebagaimana kita lihat adalah satu dasar yang memihak kepada satu pihak sahaja dan meminggirkan yang tiada berkepentingan dalam agenda perjuangan yang mereka lakukan. Hal ini telah dialami sendiri oleh penyokong  Melayu pakatan yang berada di Selangor dan juga Pulau Pinang.

Tidak ada lagi yang harus dinafikan lagi apabila segenap tindak tanduk  yang berkaitan dengan Islam dan juga Melayu sentiasa sahaja dipertikaikan oleh pemerintah DAP. Adalah bernasib baik jika kita katakan  terselamatnya Melayu Islam apabila ianya dilindungi oleh perlembagaan Negara.

Banyak perkara yang boleh menyedarkan kita dalam hal ini,  kesilapan memilih  ini juga akan mengakibatkan krisis perlembagaan akan berlaku. Kita telah melihat betapa DAP melalui Nizar Jamaluddin sebagai proksi DAP yang memerintah Perak selama 11 bulan.

Itu baru sedikit kuasa yang diberikan  kepada DAP, tetapi bagaimana pula jika ianya diberikan kuasa hingga boleh mengubah perlembagaan Negara dan memansuhkan apa yang menjadi hak kepada orang Melayu selama ini.

Bukan mudah bagi kita untuk menukar semula sebuah kerajaan yang sudah berpindah tangan. Bukan mengambil masa setahun atau dua tahun  dan mungkin ianya akan memakan masa ratusan tahun lagi. Ini adalah kerana kuasa yang ada dipergunakan sepenuhnya untuk melindungi kuasa mereka.

Bukan itu sahaja, dasar-dasar yang selama ini  dikatakan meminggirkan mereka  akan diutamakan , bagaimana ianya berlaku?  Dikala ini kuasa untuk memecat , memberhentikan dan apa juga kaedah dilakukan  asalkan pemilikan majoriti berada ditangan mereka.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Tony Phua bahawa jumlah  penjawat awam termasuk guru adalah bebanan perbelanjaan kerajaan yang terlalu banyak. Dan cadangan untuk mengecilkan struktur akan dilakukan sehingga mencecah separuh dari jumlah yang sebenarnya.

Begitu juga dengan amalan keagamaan yang biasa dilakukan, maka jangan harap dan mimpi lagi jika ada tilawah Al Quran dilakukan, Jangan harap jika ada  laungan azan dikumandangkan, jangan diharap keselamatan diri terjamin sebagaimana sekarang.

Hal ini dapat dilihat bagaimana  yang hebat diperkatakan di Pulau Pinang dimana kebanyakan rakyat nya hidup dalam ketakutan apabila waktu malam dimana terdapatnya kumpulan-kumpulan yang bebas mengancam keselamatan mereka sebagai rakyat.

Jalan terbaik untuk menghindarkan dari semua itu, dimana rakyat terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan  maka seharusnya  seluruh umat Islam supaya menolak Pakatan Harapan khususnya DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Beringatlah, politik hanya  rencah amalan demokrasi sahaja tetapi ada perkara yang lebih penting lagi dimana ianya memerlukan pengorbanan dan umat Islam menyelamatkan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh  orang Islam tidak kiralah ianya dari PAS sekali pun.

Umat Islam yang bersekongkol dengan parti yang menentang Islam secara nyata hingga berani melakukan apa sahaja untuk menghalang agenda Islam itu supaya kembali ke pangkal jalan. Mahu atau tidak kita melihat bagaimana agenda meliberalkan Islam berlaku  dan menghalalkan yang haram.

Mahukah kita melihat bagaimana disebuah Negara ini yang cukup aman dengan kebebasan semua kaum mengamalkan kepercayaan masing masing disekat dan dikongkong dengan amalan-amalan LGBT serta seks bebas yang menjadi sebahagian dari agenda pembangkang dalam memusnahkan aqidah umat Islam.

Justeru itu, adalah menjadi hak umat Islam yang menjadi masyarakat awal dan dominan di negara ini untuk menegaskan Islam agama rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Harus diingatkan juga bahawa parti cauvinis itu mendesak Malaysia diisytiharkan sebagai negara sekular, mencabar ajaran Islam dan menjadi penghalang terhadap usaha PAS memperjuangkan negara Islam secara demokrasi.

DAP juga biadab apabila turut berani mempersoalkan aspek Islam, Raja Berperlembagaan, Hak Istimewa Bumiputera dan lain-lain yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Semua yang dipertikaikan adalah halangan-halangan kepada mereka untuk melakukan apa sahaja ke atas Negara ini.

Hal ini dapat dibuktikan bagaimana PAS telah diasak bertali arus agar terus mengugurkan agenda Islam dalam perjuangan mereka ketika bersama DAP. Hal ini juga menunjukkan bahawa DAP sememangnya mengamalkan dasar-dasar anti Islam dan membenarkan Kristian disebarkan melalui parti politik.

Menyingkap latar belakang kepimpinan yang ada dalam pakatan pembangkang semuanya amat bahaya kepada rakyat Malaysia ditambah pula dengan kehadiran Mahathir yang cukup terkenal dengan dasar kuku besinya dan menolak  apa juga cadangan yang tidak menguntungkannya.

Pendekatannya perjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ ke arah melarutkan kaum dan bahasanya sudah menjadi tabii manusia. Cara politik DAP boleh juga disebut sebagai konsep luar tabii yang mahu memaksa keadaan yang ada selama ini.

Dalam melakukan sokongan itu tidak bermakna satu kesalahan tetapi memperjudikan nasib bangsa dan Negara serta Islam itu satu kesalahan yang amat besar dimana ianya akan mengundang kepada satu bentuk perubahan yang dilihat tiada kebaikan apabila dilaksanakan dan diperintah oleh bukan Islam.

Perkara ini harus disedari sebaiknya. Isu politik hanya rencah  amalan demokrasi sahaja tetapi perkara yang paling penting ialah memastikan kedaulatan Islam  itu terjamin, dan tiada gunanya kita bertasbih tetapi pada masa yang sama  menyokong  pendekatan amalan songsang yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

Ingatlah masa depan Negara itu terletak ditangan rakyatnya. Banyak kejadian diluar Negara yang boleh dijadikan teladan untuk dijadikan pengajaran agar kita tidak terlalu leka mengenai yang baik  namun pada masa yang sama kita terus meninggalkan yang terbaik.

Natijahnya apa yang berlaku, rakyat yang sengsara  dan menghadapi masa-masa sukar yang amat kelam. Jangan kerana politik kerana  gagalnya untuk mendapat sesuatu yang dipohon maka Negara dijadikan cagaran .

Akhirnya adakah anda pasti kehidupan yang baik akan dikecapi setelah pihak pembangkang memerintah setelah anda melihat dua buah negeri yang dibawah pemerintahannya kini dipenuhi dengan berbagai skandal dan penyelewengan wang rakyat dan penindasan kepada rakyat dilakukan?

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *