Keluarga Dilanggar, Dibakar Ketika Sembahyang Tahun Baharu Cina

Malam tahun baru cina bertukar tragedi selepas sebuah keluarga dilanggar dan dibakar di hadapan rumah mereka di Taman Perdana, Bukit Siput, Segamat.



Foto: Utusan Online



Utusan Online melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam ketika sepasang suami isteri dan dua anak melakukan upacara sembahyang di hadapan rumah mereka.


Dalam kejadian, seorang lelaki menaiki sebuah kereta tiba-tiba datang dan merempuh si suami berusia 52 tahun itu hingga melambung sebelum pengsan. Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami patah tangan, bahu dan tiga tulang rusuk.


Selepas merempuh mangsa, suspek menyimbah petrol ke arah isteri dan dua anaknya ketika mereka cuba menyelamatkan mangsa.


Anak lelaki pasangan berkenaan melecur seluruh badan manakala isteri dan anak perempuannya berjaya dibantu jiran dan sempat menyelamatkan diri.


Anak lelaki mangsa kini kritikal dan masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

“Anak saya sekarang ada susah. Langsung tak boleh bangun. Lagi dia sekarang tak tahu terbakar sampai tahap mana kita pun tahu,” katanya.


Sementara itu, suaminya dimasukkan ke wad di Hospital Segamat untuk rawatan dan dipercayai, perbuatan khianat itu dilakukan abang kandungnya sendiri kerana dendam dan iri hati. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *