Cawangan PPBM Pun Tak Mesyuarat, Mahu Sibuk Pula Cawangan UMNO

Pengurusan parti PPBM yang tidak mengikut perlembagaan,dan tidak menepati kehendak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)menandakan parti itu gagal mengendalikan pengurusan parti itu dengan baik,apalagi mahu mentadbir negara.

Lebih elok PPBM perlu ‘bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang’, inikan mesyuarat pun tidak, mahu sibuk pula cawangan UMNO.

PPBM tidak perlu mengheret Umno dalam masalah parti itu, susulan tindakan UMNO menangguhkan pemilihan parti melebihi 18 bulan.

Merujuk kenyataan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mempersoalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kenapa tidak mengambil tindakan terhadap UMNO menangguhkan pemilihan parti.

Parti UMNO dikatakan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara,sentiasa meminta kebenaran jika ada apa-apa dan tak pernah melanggar apa yang ada dalam peraturan.

Dalam isu ini juga,Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dikatakan bertindak secara profesional dalam mengendalikan isu pendaftaran Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana perkara itu melibatkan siasatan yang sedang dijalankan terhadap kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Penelitian sedang dilakukan bukan sahaja terhadap permohonan (pendaftaran Pakatan Harapan) itu tetapi juga aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli PPBM.

Menurut sumber, baru-baru ini,Timbalan perdana menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi PPBM juga berpendapat ROS sedang berlaku adil dan menjalankan tanggungjawabnya secara profesional.

PPBM sendri dilihat nak bagitahu berapa cawangan pun seolah takut,dikhuatiri ahlinya terlalu sedikit dan tidak mampu memenuhi syarat perlembagaan parti.

Biarpun UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran dan ancaman daripada anasir luar.Parti ini terus teguh apabila mencatat pertambahan keahlian sebanyak 70,576 orang sepanjang tempoh setahun lalu.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencatatkan jumlah keahlian UMNO seramai 3,644,295 orang dengan sebanyak 21,851 cawangan di seluruh negara sehingga 30 November lalu.

Ini menguatkan lagi bukti UMNO adalah parti yang mempunyai struktur yang mantap, organisasi tersusun, ada Perlembagaan dan peraturan serta patuh kepada undang-undang serta menepati kehendak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Justeru, lebih baik parti gabungan Pakatan Harapan yang diketuai DAP ini membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain, tidak perlu mengheret UMNO sekali dengan masalah parti itu sendiri.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *