Bank Rakyat Tamatkan Kontrak Neelofa Sebagai Duta Kad Muslimah Sebab Tudung Clubbing ?

Berikutan kontroversi yang melanda Neelofa baru-baru ini, terdengar pula desas-desus menyatakan kontraknya sebagai duta Kad Muslimah Bank Rakyat ditamatkan kerana tidak lagi memenuhi syarat ditetapkan.

Sebuah akaun di Instagram memuat naik perbualan yang mendakwa papan iklan yang mempamerkan Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Nor, 29, sebagai duta telah diturunkan serta merta berikutan kontroversi terbabit.

Foto: Instagram



Bagaimanapun, Bank Rakyat mengambil tindakan pantas dengan menafikan kontrak Neelofa sebagai duta Kad Muslimah telah dibatalkan. 




Nizam Sani, Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat
Foto: NST



Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, pihak mereka tidak merancang untuk menamatkan kontrak yang berbaki lagi dua bulan itu kerana menganggap kontoversi tersebut adalah isu peribadi Neelofa. 

 

Sumber: Instagram neelofa



“Kami tidak melihat kontroversi tersebut akan memberikan kesan negatif kepada syarikat. Jadi, tiada isu berbangkit berkaitan penamatan kontrak dengan beliau,” ujar Nizam seperti dipetik NST online. 


Pagi ini, khabar angin bertiup kencang menyatakan bank tersebut dalam perancangan menamatkan kontrak Neelofa sebagai duta 

Sumber: Instagram Neelofa



Sebelum ini, Neelofa mencetuskan kontroversi luar biasa kerana melancarkan koleksi tudungnya di sebuah kelab malam. Neelofa bagaimanapun, telah memohon maaf berkenan tindakannya itu, tetapi rata-rata netizen masih menganggap perkara tersebut tidak boleh dipandang remeh dan tindakan susulan perlu diambil terhadap pelakon dan ahli perniagaan terbabit.

Selain daripada itu, terdapat beberapa akaun di Instagram merancang memboikot produk keluaran Naelofar Hijab. Bagaimana pula dengan anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *