Syarikat Petroleum Arab Saudi Setuju Labur US$7 Bilion Di Malaysia

Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi berkata, syarikat petroleum Arab Saudi, Aramco bersetuju melabur US$7 bilion (hampir RM30 bilion) di Malaysia sebelum 31 Mac ini.

“Pagi tadi saya dapat teks daripada (Menteri di Jabatan Perdana) Datuk Seri Rahman Dahlan yang menyatakan Aramco bersetuju untuk melabur US$7 bilion di Malaysia sebelum 31 Mac ini,” katanya di majlis Penyerahan Kanvas Belia TN50 di sini.

Najib berkata Rahman dihantar ke Riyadh untuk tutup perbincangan dengan Aramco.

Perdana menteri berkata usaha kerajaan menarik pelaburan langsung asing itu untuk faedah generasi akan datang dalam usaha kerajaan menyediakan asas negara yang kukuh bagi membolehkan generasi TN50 membawa negara ini ke tahap yang lebih hebat kelak.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *