Petani Pacak Poster Lucah, Teknik Tingkatkan Hasil Ladang

Pelbagai cara dilakukan oleh para petani untuk membantu tanaman menjadi semakin subur.

Memetik laporan Astro Awani, seorang petani di Andhra Pradesh, India mempunyai kaedah yang sangat berbeza dan juga unik.

Difahamkan Chenchu Reddy, 45 tahun, percaya dengan meletakkan poster pelakon-pelakon filem lucah di ladangnya, sayur-sayuran yang ditanamnya akan menghasilkan kuantiti yang banyak dan berkualiti.

Chenchu berkata idea untuk meletakkan poster-poster tersebut  adalah untuk mengelakkan penduduk setempat mencuri tanamannya dan lebih fokus melihat poster berkenaan.

Bekas pelakon lucah, Sunny Leone dipilih untuk menghiasi laman di ladang ini.

Menariknya, lelaki ini berkata teknik sangat berkesan kerana pencuri lebih tertarik melihat gambar seksi tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *