Orang Pergi Funfair Lebih Ramai Dari Mendengar Ceramah Mahathir

Sejak Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai Pakatan Harapan bersama-sama partinya, Perti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), antara aktiviti yang wajib dilakukan oleh Mahathir dan barisan kepimpinan buangan UMNO adalah, mengadaan sesi ceramah perdana yang sudah diamalkan oleh pembangkang sejak berdekad-dekad lamanya.

Di dalam pakatan pembangkang, tidak ada sesiapa yang mampu untuk menandingi jumlah kehadiran pada setiap ceramah yang dilakukan oleh Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pergilah kemana sekalipun, pasti lokasi ceramahnya akan dipenuhi oleh orang ramai yang mahu mendengar celoteh dan tingkah laku Anwar di atas pentas.

Malah, dalam banyak himpunan dan demonstrasi yang dihadiri Anwar, kehadiran para penyokongnya tidak pernah menghampakan. tidak ketinggalan juga siri ceramah perdana yang dianjurkan oleh PAS terutamanya melibatkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pasti kehadiran akan melimpah ruah dengan para penyokong yang hadir dari segenap penjuru kawasan lokasi ceramah mereka.

Itu kisah tokoh-tokoh pembangkang di dalam pakatan pembangkang. Namun keadaannya jauh berubah apabila Mahathir menyertai Pakatan Harapan. Sekurang-kurangnya dua demonstrasi diadakan semasa Mahathir mula menguasai Pakatan Harapan namun malangnya, kedua-dua demonstrasi ini gagal menarik penyokong terutamanya seperti apa yang berlaku di Padang Timur, Petaling Jaya, tahun lalu.

Lebih mendukacitakan Mahathir dan Pakatan Harapan adalah, beberapa siri ceramah yang dianjurkan khas untuk Mahathir juga turut gagal menarik para penyokong untuk hadir. Bukan setakat Mahathir, lain-lain pemimpin Pakatan Harapan termasuk Lim Kit Siang sendiri turut terkena tempias apabila para penyokongnya sendiri turut memulaukan lokasi ceramah yang dianjurkan.

Sekali imbas, jika kita mahu membuat perbandingan, rasanya para pengunjung taman permainan funfair rasanya lebih mampu untuk menarik pengunjung. Malah, apabila tiba waktu puncak, orang ramai terpaksa beratur untuk mengambil giliran bermain di booth yang menyediakan permainan keluarga.

Terbaru, kehadiran Mahathir di Parlimen Pekan walaupun digembar gemburkan sebagai meriah, namun hakikatnya, tidak ramai yang hadir. Ianya sedikit mengecewakan Mahathir dan PPBM yang berhasrat untuk menarik seberapa ramai yang boleh penyokong mereka membanjiri ceramah perdana yang mereka anjurkan. Namun, kehadiran pada sesi berkenaan mencewakan dan langsung tidak ada gambar kehadiran penyokong pada malam berkenaan.

Nampaknya, aura yang ada pada Mahathir sudah semakin padam. Mahathir tidak akan mampu menandingi kekuatan Anwar dalam mengadakan siri ceramah perdana. Malah, Mahathir juga bukanlah satu nama yang mampu menarik kehadiran beramai-ramai penyokong di mana sahaja lokasi ceramahnya di adakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *