Neymar Pulang Ke Brazil Jalani Pembedahan

NEYMAR bakal menjalani pembedahan minggu ini, jelas Paris Saint-Germain.

“Keputusan telah dibuat bersama kedua-dua pegawai perubatan, Paris Saint-Germain dan spasukan kebangsaan Brazil,” jelas kelab dalam satu kenyataan.

“Berdasarkan situasi pemain, keputusan dicapai bahawa Neymar Jr akan menjalani pembedahan di Brazil hujung minggu ini.”

Pemain berusia 26 tahun itu diusung keluar padang ketika aksi kemenangan 3-0 ke atas Marseille pada Ahad lalu.

Pembedahahan akan dijalankan oleh sekumpulan pakar doktor pasukan Brazil dan ini bermakna Neymar dijangka terlepas aksi saingan Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid.

Neymar mengalami keretakan tulang metatarsus serta terkehel buku lali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *