Moura Tergelak Tengok Pengadil Guna Spray Penanda Ketika Salji

MALAM yang sukar buat pengadil Paul Tierney ketika mengadili perlawanan di antara Tottenham Hotspur dan Rochdale.

Jika di separuh masa pertama dikecam kerana membuat keputusan lambat berdasarkan Video Pembantu Pengadil (VAR), berbeza pula pada babak kedua.

Mungkin agak tertekan dan terlupa sehingga Tierney cuba menggunakan spray mudah tanggal sebagai penanda untuk sepakan percuma buat pemain Spurs.

Namun tindakan itu membuatkan Lucas Moura tergelak kerana kedaan cuaca yang bersalji sudah tentu spray itu tidak ada fungsinya.

Namun gelagat Moura itu hanya dibalas senyuman oleh Tierney.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *