Guru Wanita Jalin Hubungan Seks Dengan Pelajar 14 Tahun

SEORANG guru wanita  ditahan gara-gara melakukan hubungan seksual dengan pelajar berusia 14 tahun.

Stephanie Peterson,26, ditahan pada Rabu di New Smyrna, Florida selepas pelajar itu mengadu kepada ibu bapanya.

Pelajar Gred 8 itu memberitahu ibu bapanya bahawa Peterson yang dikenali Ferri menjemputnya  ke satu majlis pukul 11 malam dan menghabiskan masa sejam bersama.

Malah pelajar itu turut mendakwa bahawa cikgu itu  telah menghantar gambar bogel serta membelikannya ganja.

Pelajar itu turut memberitahu bahawa hubungan tersebut membuatkan keputusan grednya amat teruk.

Pejabat Sherif Volusia Country mengumumkan berita itu dilaman Facebook rasminya.

Siasatan dijalan dan mendapati hubungan Peterson dan pelajar itu bermula sejak November lalu.

Peterson meletak jawatannya sebagai guru pada Isnin sebelum ditahan.

Jelas pelajar itu, Peterson telah memesan kepadanya supaya tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai hubungan mereka.

Peterson yang telah berkahwin dengan seorang anggota bomba, Brendon sejak tahun 2015 dan masih belum mempunyai anak.

Peterson dan Brendon menutup akaun Facebook masing-masing sebaik sahaja wanita itu ditahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *