Dua Lipa Bertudung, Kagum Melihat Masjid Di Abu Dhabi

Penyanyi yang popular dengan lagu New Rules, Dua Lipa mengagumi keindahan seni bina masjid di Abu Dhabi seperti yang diluahkan dalam Instagram.

Foto: IG Dua Lipa



Dia berkesempatan untuk melawat Masjid Sheikh Zayed dan tempat-tempat menarik yang lain sebelum mengadakan konsert di Abu Dhabi.


Dia berkongsi beberapa keping gambar sedang berjubah dan bertudung di perkarangan masjid ketiga yang terbesar di dunia yang memperlihatkan sisi cantik senibina masjid tersebut.

Foto: IG Dua Lipa

Lipa yang berketurunan Albania tidak pernah mendedahkan agamanya sehingga ke hari ini namun ada yang mengatakan dia seorang Muslim kerana ibu bapanya yang berasal dari Kosovo.

Pengikut di Instagram menyukai penampilan Lipa yang cantik bertudung itu dan berharap dapat melihat gambarnya dengan jarak lebih dekat lagi. 


Ketika mengadakan konsertnya juga Lipa masih mengenakan pakaian yang sopan dengan memakai dress longgar ala kimono serta dipadankan dengan seluar panjang. Dia benar-benar menjaga penampilannya dan menghormati budaya di sini.

Foto: IG Dua Lipa

Mesti sejuk hati Lipa melihat kebesaran dan kecantikan pemandangan masjid ini. Mana tahu ini permulaan terbuka hatinya untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *