Anak Muda Jadi Bahan Ujikaji Pembangkang Musnahkan Islam

Peperangan di zaman ini telah berubah wajah. Kini, negara-negara Eropah memerangi orang Islam secara halus; mereka (negara-negara Eropah) tidak lagi menyebarkan dakyah Kristian melalui kekejaman, pembunuhan beramai-ramai, dan pengusiran, sekarang mereka lebih bertamadun.

Pendakyah Evangelis Kristian menggunakan taktik licik untuk mencari mangsa dari kalangan orang-orang yang miskin dan mempunyai masalah keluarga mahupun masalah sosial lain.

Golongan miskin yang disasarkan ini tertipu dengan pemberian-pemberian bantuan secara segera  dan terhutang budi sehingga terpaksa dalam keadaan tidak rela memeluk agama Kristian.

Sejak 2008 usaha menamatkan keamanan dan keharmonian terus berjalan. Kemarahan dan dendam terus dipupuk bagi membangkitkan sifat memberontak dimana menjadikan jalanan sebagai jalan pernyelesaian untuk memudahkan cara tanpa mempedulikan sistem perundangan.

Ini bukanlah satu propaganda atau membangunkan sengketa sesama umat. Ia adalah bahan untuk difikirkan secara waras sejauh mana kita terbabit dalam merealisasikan impian Yahudi. Impian dimana menggunakan Negara Islam yang sedang membangun sebagai peta ujikaji.

Bahan ujikaji yang dinakhodakan oleh orang Melayu sendiri untuk memusnahkan Islam dan menyokong aliran barat yang dibawa masuk ke dalam politik Negara. Menggunakan penganut sebagai subjek utama  dengan berbagai imbuhan sememangnya strategi yang diamalkan oleh yahudi.

Kumpulan proksi akan terus memainkan agenda  keterbalikan dan menutup agenda asal sesebuah Negara. Perkara ini sedang dilakukan oleh pihak pembangkang sekarang  iaitu untuk memastikan  generasi muda terus menyokong dasar dasar kebebasan  yang melampaui batasan serta  menyalahi norma kehidupan.

Namun, sekarang peranan  utama mereka adalah ‘’nilai-nilai” yang menjelikkan dan memualkan ke serata dunia, seperti hak asasi homoseksual, perkahwinan sejenis, penggulingan kuasa dan lain-lain ideologi yang hanya mampu membawa kebinasaan.

Sekarang kita dapat melihat  perkara ini sedang berlaku dalam Negara kita sendiri. Orang Melayu Islam berbangga dengan apa yang mereka katakan satu perjuangan sedangkan di satu sudut yang lain telah memijak maruah Islam, Negara dan mereka juga agak berbangga dengan “ulama” kafir yang memacu Islam mereka.

Pihak Barat dalam diam telah berkerjasama untuk mengangkat proksi sebagai pemerintah negara walaupun mereka tahu dia mempunyai masalah moral yang berat. Proksi dikalangan pihak pembangkang dengan kemudahan dana yang diberikan digunakan untuk menghancurkan keamanan di Malaysia.

Sebagai tonggak pemimpin Negara generasi muda  muda harus melihat setiap isu dan persoalan itu secara mendalam dan  ianya seharusnya dilihat dari sikap positif dan relevan dengan keadaan semasa dan jangka panjang. Jika tidak secara tidak langsungnya anak muda akan terjerumus dalam kancah politik yang kurang matang.

Dalam hal ini anak muda sentiasa harus berfikir secara rasional setiap permasalahan dan agenda yang datang bukan hanya kerana diri sendiri  akan tetapi seharusnya ianya dikembangkan kepada kepentingan sejagat terutama kepentingan  untuk Negara.

Dalam apa pun keadaan pemikiran anak muda sekarang ianya bebas dilakukan dalam sebuah Negara yang demokrasi dan tiada halangan untuk berbuat demikian, tetapi pada masa yang sama anak muda perlu ingat bahawa setiap tindakan dilakukan seharusnya disertai dalam  konteks bertanggungjawab,

Sebagai pemimpin masa hadapan anak muda  seharusnya tidak mudah  tenggelam dalam soal isu tanpa memahami fundamental. Mereka ini seharusnya peka setiap isu yang dibangkitkan tersebut akan menjurus kepada nilai yang terbaik dan bukan hanya sekadar isu momokan sahaja.

Kini anak muda telah ramai yang sedar berkaitan dengan kemampuan negatif pihak pembangkang dalam Negara ini. Kemampuan hanya mengkritik dan tidak mampu untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni dan tidak mampu menjaga kebajikan rakyat sebagaimana dilakukan oleh kerajaan sekarang.

Perancangan ini amat menakutkan siapa sahaja yang mendengarnya dan ia masih lagi didalam perancangandan berkemungkinan ianya akan mengugat menjaga keamanan negara. Jadi disini peranan anak muda amat diperlukan bagi memastikan suara suara sumbang yang ingin melakarkan titik hitam dalam Negara ini.

Jika kita lihat sekarang pada kebanyakan anak muda mula sedar hal ini. Mereka sedar  bahawa selama ini mereka dipergunakan oleh DAP, PKR untukmeneruskan agenda politik mereka. Mereka telah dipergunakan untuk menjatuhkan bangsa mereka sendiri.

Pada kali ini , anak muda Melayu di Universiti sudah  sedar, telah terbangun dari tidur dan mimpi indah yang diolah oleh DAP, PKR untuk merosakkan kehidupan dan masa depan mereka serta generasi Melayu dimasa akan datang.

Penolakan anak muda dalam politik kotor Pakatan Harapan amat jelas dan dinyatakan dengan sokongan terhadap kerajaan dengan kepelbagaian kemudahan serta peluang diberikan untuk anak muda hasil dari kemamuran Negara yang dikecapi sekarang.

Momokan isu yang dibawa semuanya menjurus kepada tujuan untuk menjatuhkan seorang pemimpin Melayu dan menjadikan DAP sebagai pejuang kepada isu fitnah yang  dilontarkan. Setiap fitnah yang dilontarkan kepada kerajaan adalah bertujuan untuk menutuk kesalahan yang dilakukan oleh pembangkang.

DAP dan pemimpin PKR serta PPBM adalah pemimpin yang mengamalkan amalan kleptokrasi  yang telah menyebabkan rakyat kerugian berbillion ringgit. Dan rakyat dirompak oleh pemimpin DAP dan PKR dalam terang dalam jumlah yang besar dibuat melalui alasan pembangunan.

Untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai apa yang bakal melanda negara kita, eloklah kita lihat apa yang telah berlaku sekarang dan memikirkan tujuan dan matlamatnya, sebagai bukti bahawa agenda pembangkang dalam Negara ini  adalah berkaitan dengan agenda Yahudi..

Satu persatu peristiwa yang berlaku di Malaysia kebelakangan ini. Juga apa yang berlaku esok dan hari mendatang. InsyaAllah akan menjelaskan lagi bukti yang diketengahkan ini. Kekelabuan fakta menjadikan kita termangu-mangu dan salah langkah.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *