Tayar Pesawat Malindo Air Pecah Ketika Mendarat

Beberapa penerbangan tergendala jam 4.20 petang semalam akibat tayar sebuah pesawat Malindo Air dari Langkawi, Kedah, menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pecah ketika mahu mendarat di lapangan terbang berkenaan.

“Pesawat itu terkandas di landasan menyebabkan penutupan landasan bagi pesawat lain di lapangan terbang itu untuk pendaratan dan pelepasan.

“Kami kesal untuk memaklumkan kejadian itu menyebabkan lima pesawat Firefly dan tiga pesawat Malindo Air terpaksa dilencongkan ketika kejadian,” katanya.

Memetik sumber mengatakan, usaha untuk mengalihkan pesawat itu dari landasan dijalankan segera bagi memastikan operasi lapangan terbang berkenaan kembali pulih seperti biasa.

MAHB kemudian memuat naik satu lagi status di akaun Facebook yang memaklumkan landasan itu sudah dibuka semula dan beroperasi seperti biasa pada jam 6.30 petang.

MAHB turut menasihatkan penumpang yang terjejas akibat kejadian itu supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing.

Bagaimanapun, menurut MAHB, seramai 33 penumpang pesawat berkenaan berjaya diselamatkan bersama bagasi masing-masing dan dibawa ke terminal kira-kira pukul 5.05 petang

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *