Pengikut Mahathir Wajar Jual Kereta Untuk Memiliki Kuda

Untuk beberapa hari kebelakangan ini, antara topik hangat di bicarakan adalah isu membabitkan bijirin quinoa yang diamalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan gaya hidup mewah Tun Dr Mahathir Mohamad dengan deretan kuda-kudanya, samada di Malaysia mahupun di Argentina.

Puncanya mudah, Mahathir yang ketandusan isu, menyerang diet khas yang diamalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib sehinggakan hobi dia yang amat gemar memelihara dan menunggang kuda mula di hebohkan melalu media sosial. Mungkin Mahathir menganggap, isu quinoa itu boleh memerangkap Datuk Seri Mohd Najib. Namun telahannya kali ini, untuk kesekian kalinya, tersasar dan tersilap.

Melihat akan banyaknya kuda yang dipelihara oleh Mahathir walaupun dia cuba mendakwa kesemua kuda-kudanya dipinjam oleh rakan-rakannya, timbul persoalan, untuk apa Mahathir memelihara sehingga 40 ekor kuda di Argentina? Adakah dia cuba membuka sebuah kehidupan “cowboy” di Argentina ataupun dia berhasrat untuk menjadi pengedar daging kuda di Malaysia?

Perlu diingatkan bahawa, majoriti kuda miliknya di Argentina adalah baka yang terbaik sehingga ada yang mencecah angka ratusan ribu Ringgit seekor. Kadang kala, timbul fikiran sinis, kenapa tidak para pentaksub dan pengikut setia Mahathir menjual kereta-kereta milik mereka dan membeli seorang seekor kuda untuk dijadikan tunggangan?

Ini kerana, kos untuk membeli seekor kuda dari baka yang baik, jauh lebih mahal berbanding memiliki sebuah kereta Mercedez Benz C200K ataupun memiliki BMW 5 Siries. Malah, kos untuk memberi makan dan penjagaannya sahaja boleh mencecah angka gaji bagi seorang Pengarah Urusan sesebuah syarikat. Jika Mahathir mampu, kenapa tidak para pentaksubnya?

Jika mereka memberi alasan keadaan semasa ekonomi negara yang teruk, mari kita renungkan bagaimana Mahathir mampu untuk terbang ke Argentina hampir setiap bulan bagi melawat “anak-anaknya” di sana. Mana mungkin mampu memelihara kuda hanya diikat dengan tiang jika tidak membayar gaji pekerja ladang? Siapa pula yang membayar gaji-gaji pekerja di sana jika tidak tuan punya kuda itu sendiri?

Dari sini, jika seseorang itu masih mempunyai pemikiran yang logik dan boleh menerima kenyataan, mereka akan dapat melihar, bagaimana Mahathir menjalani kehidupan yang penuh kemewahan. Justeru, kenapa perlunya Mahathir merintih merayu untuk mendapat sumbangan derma dari kalangan ahlinya sendiri sedangkan dari apa yang ditunjukkan Mahathir, dia mampu untuk membiayai kempen partinya sendiri?

Berhentilah dari terus diperbodohkan dengan kemaruk kuasa Mahathir. Istilah selamatkan Malaysia yang sering dilaungkannya itu sebenarnya lebih tepat jka disebut, Selamatkan harta benda saya untuk dibawa masuk semula ke Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *