Misi Melayu Pembangkang Hanya Untuk Menukar Kerajaan Islam Kepada Kerajaan Kafir?

Secara rasionalnya , mungkin anda  sebagai penyokong pembangkang boleh menilai segalanya dihadapan mata sendiri, apakah yang mampu dfilakukan oleh pembangkang apabila sudah berkuasa di dua buah negeri selama 9 tahun ini.

Adakah segala janji untuk menurunkan harga barangan, petrol dan memansuhkan tol dilakukan sebagaimana dijanjikan atau anda kini sedang menikmati kehidupan yang lebih baik  dari kerajaan Barisan  Nasional sebelum ini?

Apakah kekejaman yang anda katakan semasa berada di bawah kerajaan Barisan Nasional  sebelum kemenangan pembangkang telah anda capai dengan usaha yang dilakukan oleh pemerintah pembangkang yang “amat baik” pada diri anda.

Apakah segala kenendak anda untuk barangan yang murah, pendidikan percuma serta biasiswa yang anda katakan dizalimi oleh kerajaan Barisan Nasional telah dan sedang anda kecapi sekarang. Atau anda sedang menikmati pembangunan untuk rakyat sedang dilakukan secara besar-besaran tanpa mendiskriminasikan kaum yang lain.

Apakah seterusnya anda sedang menikmati kemakmuran yang dibawa oleh seorang “khalifah” yang adil dan saksama dalam memberikan “amanah” nya kepada rakyat dengan rasa bertanggungjawabnya sebagaimana diucapkan sebelum ini.

Apakah sekarang kepimpinan DAP  telah mengubah prinsip perjuangan mereka yang dilafazkan sejak tahun 1965 lagi  hanya kerana untuk berlaku adil kepada semua kaum tanpa menyentuh prinsip kerukunan  hidup berbilang kaum .

Sekarang dengan akal yang waras , adakah anda sedang mengharungi kehidupan yang lebih baik berbanding sebelum ini setelah bersama DAP?

Sebaliknya rakyat telah melihat betapa  DAP telah  lebih tegas dengan prinsip mereka. Semakin mereka tegas dan kuat memperjuangkan hak sama rata, semakin mereka mendapat sokongan orang-orang Cina dan bukan Islam yang lain.

Sebagaimana yang telah berlaku sekarang, anda hanya mampu melihat dan mampu menutup sebelah mata sahaja apabila  betapa rakusnya DAP menjarah bumi sehingga sehancurnya  gunung-ganang ditarah tanpa memikirkan satu implikasi yang memudaratkan untuk generasi akan datang.

Baik disungai, didaratan segalanya  sedang menuju kehancuran dengan segala macam projek yang tidak masuk akal sehingga mengakibatkan musibah kepada rakyat. Masih tidak nampak lagi, masih ianya baik dimata anda? Hanya kerana mereka adalah pemimpin DAP.

Anda hanya mampu melihat bagaimana  DAP dalam banyak isu yang mengancam masa depan orang-orang Melayu. Anda pun turut berdiam diri dan tidak mengkritik tindakan parti yang anda sokong kerana tidak mahu parti tersebut kalah dalam PRU. Anda terpaksa menyokong parti yang menggadaikan agama,bangsa dan tanahair anda.

Jadi apakah yang dikejar sebenarnya oleh penyokong DAP berbangsa Melayu ini apabila agama sendiri pun tidak mampu untuk dipertahankan  apabila disanggah oleh DAP.  Hanya kerana mahu menjaga hati DAP, mereka bersama memijak agama , bangsa mereka sendiri.

Disebabkan kebencian penyokong pembangkang  kepada kerajaan. Mereka lacurkan segalanya, mereka pijak segala hak milik mereka demi DAP. Dalam hal ini penyokong melayu pembangkang terus menjadi balaci dan mengalah kepada orang-orang bukan Islam yang mendominasi parti-parti pembangkang.

Secara terus terangnya dimana mana Negara dalam dunia ini apabila berlakunya penukaran kerajaan  berlaku akibat dakyah yang disebarkan, tiada satu pun yang menjadi sebagaimana yang diidamkan. Malah ianya bertambah buruh dan hancur.

Allah tunjukkan sedikit pengajaran  dan peringatannya agar jangan bersekongkol dengan si kafir dalam usaha  menukar kerajaan  dimana Pulau Pinang itu adalah peringatan yang sebenar peringatan yang diturunkan  agar manusia yang kufur nikmat ini sedar bahawa ianya satu malapetakan bagi umat Islam.

Amat mengecewakan apabila ada diantara orang Melayu terus mengharapkan kehidupan yang baik dengan menukar kerajaan dibawah kepimpinan sikafir dan berfahaman liberal. Sudah pastinya tidak akan berlaku dan  akhirnya akan berlaku sebaliknya.

Khayalan  kumpulan Melayu pembangkang ini masih tidak melihat dengan menukar kerajaan itu adalah sesuatu yang  tidak memungkinkan akan mendapat sebuah kerajaan yang baik. Malah petunjuk dan teladan  telah disajikan dihadapan mata.

Perkara yang pasti berlaku ialah kumpulan Melayu pembangkang ini akan mengubah sebuah kerajaan yang dipimpin Melayu Islam kepada sebuah kerajaan  bukan Islam dan akan menghalalkan segalanya termasuk  hubungan sejenis.

Perkara yang kedua pastinya ialah Melayu pembangkang telah dipergunakan oleh orang-orang bukan Islam untuk menguasai negara ini. Bersama menidakkan Islam sebagai agama rasmi Negara dan menyokong dasar dasat liberal dan kesamarataan yang dibawa oleh si kafir.

Untuk Melayu pembangkang berfikir lebih jauh lagi, apakah kebaikan dari perjuangan yang dilancarkan selain itu? Jika  mereka mengatakan isu penyelewengan, sudah pastinya dihadapan mata anda  ada jawapannya dengan melihat betapa rakusnya dua buah negeri yang anda sokong.

Melihat dari dalam sudut yang lebih luas, mereka ini  telah membenarkan orang-orang bukan Islam lebih berkuasa di negara ini dan melakukan apa sahaja untuk menidakkan hak hak Islam , Melayu serta sekali gus akan menolak kedaulatan Negara ini.

Sebenarnya semua mereka ini telah ditanam  kedalam minda mereka politik kebencian yang tiada batasnya. Ditanam dan diasak minda setiap hari dengan cerita cerita fitnah sehingga ianya menghancurkan sebuah  kedaulatan agama, bangsa dan Negara

Akhirnya mereka, mungkin ketika ini setelah melihat dua buah negeri yang kecundang dalam membela hak rakyat akan sedar hanya dieksploitasi dan dimanipulasi oleh politikus-politikus Melayu pembangkang untuk kepentingan peribadi mereka dengan menggunakan isu-isu keburukan pemerintah sedia ada.

Sedangkan pada masa yang sama tiada apa-apa perubahan yang positif pun yang berlaku sebagaimana anda telah melihatnya di Selangor ataupun Pulau Pinang di bawah pemerintahan baru. Perkara yang paling kita nampak ialah hanya penindasan , diskriminasi, kezaliman  dan mengabaian tanggungjawab pemerintah kepada rakyat.

Penghabis kata mereka ini (melayu pembangkang)  hanya dijadikan alat oleh orang-orang bukan Islam menguasai negara ini.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *