Elfira Loy Dah Dapat Pengganti Sufian Suhaimi?Cepat Betul!

Khabar angin ini mula timbul bila seorang lelaki yang dikenali dengan nama Asyraff Mazlan memuat naik gambar bersama Elfira.

Difahamkan, foto yang dirakam itu adalah semasa mereka meraikan hari jadi Asyraff di sebuah restoran baru-baru ini.

Foto: IG Asyraff Mazlan

Justeru itu ramai yang membuat spekulasi bahawa Asyraff yang juga merupakan seorang usahawan muda adalah kekasih baru Elfira Loy.

Gosip dikuatkan lagi bila Elfira turut memuat naik gambar bersama di Mekah di Insta Storynya.

Foto: mStar

Mengulas mengenainya, Elfira tampil mmberi penjelasan tentang dakwaan tersebut.

Katanya, Asyraff sudah lama dikenalinya sejak zaman belum bertudung lagi.



Foto: Insta Story Elfira Loy

Malah mereka bukan pergi bersama ke Mekah seperti yang didakwa, sebaliknya cuma berada dalam kumpulan yang sama.

Harap penjelasan yang diberikan Elfira ini adalah jujur ikhlas dari hatinya. Tapi kalau suatu hari nanti mereka membuat pengakuan bercinta pun apa salahnya kan? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *