DAP Sedang Rosakkan Sokongan Kepada BN Guna Isu Robert Kuok

DAP nampaknya betul-betul hendak rosakkan seluruh sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) menjelang PRU14 kali ini apabila mengambil kesempatan dalam isu taikun Robert Kuok yang didakwa menaja parti cauvinis itu untuk bergerak dalam negara ini.

Selepas artikel tulisan Raja Petra Kamaruddin melalui portalnya malaysia-today.net yang mendakwa Kuok menaja parti DAP jadi tular, muncul pelbagai reaksi dari pemimpin pembangkang dan BN sendiri tentang isu itu. Itu diibaratkan peluang oleh DAP untuk mewujudkan sedikit kelam kabut dalam politik dengan memanipulasi dakwaan itu.

Kuok dalam satu kenyataannya, menafikan pernah menaja DAP tapi mengaku pernah menaja UMNO dan MCA selepas kemerdekaan dengan banyaknya secara sukarela. Untuk apa kenyataan seperti ini dikeluarkan tambahan pula selepas itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir Mohamad menjadikan keadaan lebih celaru dengan mengatakan bahawa Kuok tidak pernah menaja BN ketika eranya.

Kenyataan taikun yang bermastautin di Hong Kong itu segera disahut oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menuduh UMNO yang tidak bersyukur kepada Kuok.

Guan Eng guna kenyataan Kuok untuk membuat tuduhan kepada UMNO dalam hal ini sekaligus dengan tujuan merosakkan persepsi kaum Cina yang sudah ramai kembali menyokong BN sekarang ini. Ini akan menyebabkan timbul rasa sangsi dari kaum Cina berkenaan dan mewujudkan rasa kurang selesa.

Biar apapun alasannya, DAP hanya mempergunakan Kuok pula kali ini untuk menutup cerita tajaan yang diterimanya dari ahli perniagaan itu.

Apabila muncul cerita ini, DAP hendak menafikan tapi guna strategi biasa hamburkan semua tuduhan pula kepada UMNO dan mereka selamat.

Dalam satu artikel oleh South China Morning Post (SCMP), Kuok dalam memoirnya pernah menyatakan bahawa orang Cina adalah kekuatan dominan dalam membantu membina ekonomi dan tidak langsung menyebut adanya bangsa Melayu.

“Orang Cina di luar negara membuat sumbangan besar kepada Asia Tenggara. Mereka adalah wira-wira tanpa nama di rantau ini: lelaki dan wanita miskin yang berhijrah dan menyerang jalan ke hutan, mengakses kekayaan balak; Pekerja Cina yang menanam dan menoreh getah, yang membuka lombong timah, yang menjalankan kedai runcit kecil.

“Ia adalah pendatang Cina yang menangani tugas Herculean ini, dan mewujudkan ekonomi baru di sekeliling mereka. Orang Cina yang membantu membina Asia Tenggara. Orang India juga memainkan peranan besar, tetapi orang Cina adalah kekuatan dominan dalam membantu membina ekonomi,” kata-kata Kuok.

Tidakkah ini, satu kenyataan yang Kuok sebenarnya sama dengan DAP yang anti-Melayu. Kini, DAP sudah ada peluang untuk tuduh UMNO dan BN lagi dengan menggunakan Kuok pula.

Kin, pemimpin UMNO, parti komponen BN dan PH sedang bertelagah pendapat dalam isu Kuok dan ia bakal membawa satu kesudahan yang membimbangkan jika berterusan. Kalau hendak paksa DAP mengaku menerima dana daripada Kuok, sudah pasti mereka tidak akan mengaku walaupun sampai bila-bila.

Para penyokong BN perlu terus yakin dan pedulikan hasutan serta dakyah DAP yang cuba merosakkan sokongan pengundi kepada parti kerajaan dengan menggunakan cerita Kuok ini pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *