Baiah Taklik Lafaz Cerai, Apa Kena Mengena Isteri Dengan Politik Pulak

BENARKAH parti PAS akan melaksanakan sumpah baiah cerai isteri menjelang pilihan raya umum ke-14? Jika benar maka ianya satu lagi siri kepincangan paling ketara dalam parti yang kononnya berlandaskan Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria mempersoalkan tindakan PAS tersebut berdasarkan laporan portal Malaysiakini.

Mengulas mengenai tindakan Majlis Syura Ulama PAS Sabtu lalu yang menetapkan untuk mengekalkan lafaz sumpah baiah kepada calon mereka menjelang pilihan raya akan datang, Harussani berkata, lafaz sumpah yang hanya melibatkan janji bersama parti politik dibenarkan, namun yang menjadi persoalan ialah sekiranya ia melibatkan lafaz cerai isteri.

“Masya-Allah, apa kena mengena politik dan isteri?”

“Tak sepatutnya wujud taklik lafaz cerai terhadap isteri, kalau nak berpolitik boleh, tak salah tapi sehingga ceraikan isteri, apa benda?”

“Kalau nak baiah atau janji untuk tidak menentang, tidak belot kepada perjuangan parti politik itu boleh.”

Lafaz taklik dan sumpah baiah yang wajib dilafazkan calon PAS di Kelantan pada PRU antara lain menghendaki mereka yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen kekal dengan parti itu atau jatuh talak tiga dengan isteri.

Akan tetapi, menurut Berita Harian, PAS dijangka menggugurkan sumpah baiah talak tiga yang perlu dilafazkan calon parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berikutan kesetiaan ahli dan kekuatan parti itu didakwa semakin kukuh.

Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata kandungan sumpah baiah itu akan diselaraskan bagi setiap negeri dan dijangka tidak lagi menyentuh perceraian.

Jangan sesekali membabitkan politik dengan keluarga. Jagalah keluarga anda dengan baik.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *