Anak Hadi Awang Terlibat Dalam ‘Konvoi’ Serang Taman Ilmu?

Menurut sumber dalaman pakatan rakyat anak Presiden Pas Terengganu akan mengetuai demontrasi ‘Konvoi Taman Ilmu’.

Mungkin ini adalah peluang terbaik baginya untuk menonjolkan diri dan menyakinkan ahli-ahli di Terengganu bahawa beliau adalah calon terbaik untuk mengantikan ayahandanya di kerusi parlimen Marang, Dun Rhu Rendang serta menjawat jawatan presiden Pas Malaysia.

Ini berikutan rungutan sekian lama ahli-ahli Pas terhadap beliau yang dikatakan tiada langsung idea untuk menaikan Pas setelah merudum teruk akibat penubuhan parti PAN.

Konvoi Taman Ilmu bakal mencetus pergaduhan besar antara penduduk setempat dengan pihak pendemontrasi yang rata-ratanya adalah orang luar dan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini wakil rakyat Pas boleh dipertanggungjawabkan kerana gagal menerangkan kedudukan sebenar projek yang bakal membawa impak besar kepada rakyat setempat, negeri dan juga Negara.

Setelah beberapa kali diberi penerangan rancangan pemulihan dan perlaksanaan mengenai Taman Ilmu sama ada secara kursus didalam sidang DUN mahupun di medium internet dan juga akahbar namun wakil-wakil rakyat Pas tidak bertindak seperti yang sepatutnya malah lebih memalukan kerana sikapa politik tidak matang dan terdesak menguasi diri mereka.

Kepada pihak polis dan pengawal keselamatan yang dipertanggungjawabkan bertindaklah didalam bidang kuasa anda sebelum sesuatu yang begitu buruk berlaku.

-terengganutimes

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *