Amah Kahwin Lagi Di Malaysia, Suami Nekad Bunuh Diri

Gara-gara murung terlampau kerana ditinggalkan isteri, seorang lelaki memutuskan untuk membunuh diri.

Mayat Bonadi, 60, ditemui cucunya tergantung di atap rumah mereka di Kediri, Jawa Timur, pada Selasa, lapor Tribunnews.

Terkejut dengan penemuan itu, Adit, 11, berlari ke luar rumah untuk meminta bantuan jiran yang kemudian membuat laporan polis.

Hasil pemeriksaan awal, polis tidak menemui sebarang unsur penganiayaan pada tubuhnya dan mengesahkan mangsa mati akibat bunuh diri.

Berdasarkan keterangan ahli keluarga, mereka percaya mangsa mengalami kemurungan selepas ditinggalkan isterinya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.

Difahamkan, isterinya tidak pernah pulang. Malah, wanita itu dikhabarkan menikah lagi di Malaysia.

Menurut laporan, keluarga mangsa enggan membenarkan mayatnya dibedah untuk siasatan lanjut dan reda dengan kejadian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *