[VIDEO] Berkopiah…Tetapi Cuba Sentuh Paha Gadis Di Dalam LRT?

Seorang lelaki yang berperwatakan alim dengan memakai kopiah dan berjanggut lebat yang menaiki LRT Laluan Sri Petaling ini dikatakan telah melakukan satu kesilapan yang mampu memalukan dirinya.

Adakah dia benar-benar berniat untuk menyentuh gadis tersebut?

Bagaimanapun, melalui rakaman berdurasi 0.53 saat yang tular di media sosial, lelaki tersebut didapati seakan-akan dengan sengaja telah menyentuh paha seorang gadis.

Sesekali lelaki itu dikatakan memandang ke arah paha kiri wanita berkenaan dan juga menggerakkan jarinya rapat sehingga menyentuh paha wanita berkenaan.

Menurut sumber, mangsa pada ketika itu sedang tidur dan tidak bergerak serta tidak menyedari tindakan lelaki tua terbabit.

“Saya pernah mendengar insiden seperti ini berlaku tetapi tidak pernah melihatnya di depan mata saya sendiri. Kejadian ini berlaku ketika saya dalam perjalanan pergi ke tempat kerja.

“Dia (lelaki terbabit) berhenti berbuat demikian selepas penumpang Melayu berhampiran saya memerhatikan perbuatannya itu.

“Sebaik saja tren berhenti, dia terus keluar,” kata netizen yang memuat naik video tersebut di Facebook.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *