Selamba Kencing Dalam Lif, Budak Lelaki Terima Padah

Seorang budak lelaki di China menerima padah akibat perbuatannya sendiri yang boleh dianggap sebagai bodoh.


Menurut laporan media tempatan, dia terperangkap di dalam lif selepas membuang air kecil di dalamnya.


Rakaman kamera litar tertutup yang menjadi tular di media sosial menyaksikan budak tersebut masuk ke dalam lif bersendirian.


Tanpa rasa bersalah, budak tersebut selamba membuang air kecil ke arah butang-butang lif.



Dia kemudiannya panik apabila pintu lif gagal dibuka akibat litar pintas.


Walau bagaimanapun dia berjaya diselamatkan oleh pekerja penyelenggaraan, beberapa jam selepas terperangkap di dalam lif.


Perbuatan nakal itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya berkata memang patut budak tersebut terperangkap.


Malah ada yang menggesa agar ibu bapanya membayar ganti rugi kerosakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *