Piala Dunia Pelengkap Ronaldo Sebelum Bersara

CRISTIANO┬áRonaldo percaya dirinya tentu sekali gembira jika bersara seawal esok, namun tidak menolak sekiranya berpeluang menerima trofi Ballon d’Or dan pingat kemenangan Piala Dunia.

Menerusi temubual saluran Brazilian YouTube, Central Desimpedidos, pemain Real Madrid itu berkata:”Saya tidak pernah bermimpi untuk menerima lima anugerah Ballon d’Or. Jika saya menamatkan kerjaya sekarang, tentu sekali saya sangat gembira kerana telah memperoleh pelbagai kejayaan.

“Jika saya peroleh satu, dua atau tiga lagi Ballon d’Or, tentu sekali saya akan lebih gembira, tetapi jika tidak, sekurang-kurangnya saya telah memenangi lima anugerah itu.”

Hanya Piala Dunia tidak tersenarai dalam koleksi pingat Ronaldo dan apabila ditanya impian yang ingin dipenuhinya, beliau menjawab:”Sejujurnya rasanya tiada.

“Saya telah capai semuanya dalam bidang bola sepak. Saya fikir telah capai pelbagai kejayaan hinggakan saya tiada lagi impian.

“Tetapi jika ada tanya saya apakah saya ingin terus mengecapi kejayaan, tentu sekali jawapannya adalah ya.

“Jelas sekali saya mahu memenangi Piala Dunia, tetapi jika kerjaya saya berhenti setakat ini, saya tetap berbangga kerana saya tidak sangka kerjaya saya sampai ke tahap ini.”

Ditanya mengenai peluang Portugal menjelang Piala Dunia nanti, katanya: “Kami bukan pasukan pilihan. Kami perlu merendah diri dan jujur serta faham bahawa dalam aspek teori ada pasukan dengan nama besar seperti Brazil, Sepanyol, Jerman dan Argentina.

“Kami bukannya pilihan tetapi segalanya berkemungkinan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *